Followers

Tuesday 7 January 2014

Mengapa TIDAK Hard Rock Di Putrajaya ?!

Gambar Hiasan
Mengapa tidak Hard Rock di Putarajaya ??

Persoalan yang MMI rasa akan menyebabkan banyak pihak akan mengamuk memandangkan isu tersebut sudah pun di selesaikan apabila Hard Rock International sendiri sudah pun membuat kenyataan tidak akan membuka mana-mana cawangan baru mereka di Malaysia.
Hard Rock International menjelaskan ia tidak ada niat untuk membuka cawangan baharu di Malaysia ataupun mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan itu, selain daripada yang telah diumumkan sebelum ini.
"Hard Rock International mempunyai prosedur operasi yang ketat untuk mengenal pasti dan mengkaji satu-satu pasaran sebelum membuka cawangan baharu, mengambil kira budaya tempatan dan permintaan pasaran.Baca Sini 
Maka selesailah sudah isu yang bikin panas sejak semalam.

Cuma dari pemerhatian MMI , apakah sememangnya Hard Rock tidak wajar sama sekali di buka di Putrajaya ?

Sekadar pandangan rasanya dalam suasana masa kini pembukaan Hard Rock Cafe masih boleh di pertimbangkan memandangkan ia punya potensi tersendiri yang boleh menjadi salah satu daripada tarikan baru di Putrajaya.

Malah selain daripada menjadi pusat pentadbiran kerajaan , tidak salah rasanya Putrajaya juga di selitkan dengan tarikan-tarikan sebegini cumanya sekiranya ada usaha pembukaan Hard Rock Cafe atau yang seangkatan dengannya kita boleh saja memberikan garis panduan agar ianya sejajar dengan matlamat penubuhan Putarajaya.

Sebagai contoh Hard Rock Cafe boleh di buka tetapi dengan syarat hanya menyediakan restoran tanpa melibatkan penjualan minuman keras seperti mana restoran-restoran eksklusif lain yang menyediakan makanan serta minuman HALAL.

MMI bukan bermaksud untuk mencemarkan imej Putrajaya seperti mana pandangan banyak pihak sebelum ini tetapi sekadar memberikan pendapat bukan apa kadang-kadang kita menolak sesuatu yang rasanya masih boleh di perbincangkan.

Apa bezanya menolak pembukaan Hard Rock Cafe (seperti pandangan MMI ) daripada penganjuran aktiviti seperti Himpunan Sejuta Belia yang turut melibatkan aktiviti yang rasanya jauh lebih berat dari sekadar membuka sebuah restoran eksklusif dengan garis panduan ?

Psst teringat persembahan K-Pop yang menjadi isu panas sebelum ini.

MMI

1 comment:

  1. cukup2 la.. takyah la nak pusing2 nak bukak premis atau company yg mendapat keuntungan dari benda2 haram.... walau pun ia tak menjual minuman keras tapi sumbar utama pendapatan dan hasil untuk mewujudkan nya dari perkara2 haram..

    ReplyDelete

Labels