Followers

Friday 3 January 2014

PAS Pulau Pinang Bakal anjur Demontrasi Besar-Besaran ?!


Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin secara sinis meminta Pemuda Pas mengadakan demonstrasi di negeri itu terlebih dulu sebelum merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur bagi mengatasi kegagalan himpunan pada malam tahun baru semalam.

Ini memandangkan, kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh regim DAP hari ini sudah mula menaikkan cukai perkhidmatan yang jelas membebankan rakyat, khususnya bagi golongan yang berpendapat sederhana dan miskin di negeri tersebut.

“Sebagai contoh, surcaj yang dikenakan oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang kini naik seratus peratus. Begitu juga dengan beberapa perkara lain yang saya dimaklumkan akan turut naik bersempena tahun baru ini, yang ternyata memberikan bebanan kepada majoriti rakyat di negeri ini.

“Pemuda Pas juga perlu membuat demostrasi besar-besaran bagi membantah tindakan kerajaan DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng, yang bersetuju membeli kereta mercedes yang ratusan ribu harganya, bagi menggantikan kereta Camry yang baru saja dibeli kerajaan negeri tidak sampai empat bulan.

“Bukankah ini juga satu tindakan yang zalim dan juga pembaziran, di kala pembangkang mencanangkan kononnya rakyat di negara ini sengsara akibat tindakan kerajaan menaikkan harga barang, tetapi dalam masa yang sama kerajaan DAP Pulau Pinang juga menaikkan kadar cukai perkhidmatan serta masih lagi boleh membazir membeli kereta rasmi yang ratusan ribu harganya,?” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat yang mengancam mahu mengadakan satu lagi demonstrasi besar-besaran mendesak kerajaan menurunkan kos sara hidup.

Tambah Hafiz, ahli dan penyokong pembangkang yang turun berdemo pada malam tahun baru yang lalu merupakan golongan yang tidak faham tentang situasi kenaikan barang dan hanya menjadi kuda tunggangan pemimpin-pemimpin pembangkang yang begitu dahagakan kuasa untuk memerintah negara.

“Kita kena sedar, bukan semua barangan jualan yang ada dalam negara, baik dari sudut keperluan asas atau yang lain-lain. Ada banyak barangan yang bukan di bawah kawalan kerajaan juga naik, bermakna ini bukanlah salah kerajaansemata-mata  tetapi ia juga salah peniaga yang begitu tamak dan bersikap menangguk di air yang keruh dalam hal ini.

“Sepatutnya, mereka berdemo kepada taikun-taikun perniagaan yang kebanyakkan terdiri daripada orang-orang di belakang pembangkang itu sendiri dan bukannya kepada kerajaan. Hari ini, mereka menaikkan harga barangan dan cuba meletakkan kesalahan itu kepada kerajaan. Hanya  mereka yang jahil dan tidak tahu tentang strategi berpolitik saja yang terpengaruh dengan propaganda pembangkang seperti  ini,” ujarnya. -MediaUMNO

Komen MMI , berani ka puak-puak PAS di Pulau Pinang ni nak anjur demontrasi ?? Hahaha baru cakap saja bukan Guan Eng yang suruh diam bro .. Mat Sabu awal-awal lagi kata SHUT UP !!

MMI

1 comment:

  1. Kena luku dengan Mat Sabu baru tau lepas di tambah pula oleh Mujahidddd nanyaaaaa.

    ReplyDelete

Labels