Followers

Saturday 11 January 2014

PUNGGAH Datuk Nalla U-TURN ?!


Masalah !! Itu sahaja yang mampu MMI katakan apabila mengetahui berita terbaru tentang Datuk Nalla.

Beliau yang dulunya orang kuat si Nuar kemudian bertindak meninggalkan puak-puak musibat yang gila nak jadi kerajaan di ketahui telah di saman sebanyak RM100 juta kerana kenyataannya dalam Utusan tentang isu BISEKSUAL Anwar.

Sekarang ni Datuk Nalla dah angin malah beliau di beritakan melahirkan rasa marahnya kerana tindakan SAMAN yang di buat oleh Anwar terhadapnya masih belum lagi di bicarakan.

Ahli Dewan Negara ini mahu kes saman fitnah RM100 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap beliau diteruskan dan tidak ditangguh lagi.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu juga memberitahu, beliau tidak gentar dengan saman Anwar itu dan akan bersedia dengan pelbagai bukti.

“Saya tunggu, biarkan beliau ‘heret’ saya ke mahkamah dan saya tak akan lari. Saya akan bawa bukti, sudah 30 tahun saya berkawan dengannya," katanya dalam sidang akhbar semalam.

Dalam pada itu beliau menyatakan rasa hairan dengan tindakan Anwar yang kebelakangan ini mengambil tindakan menarik balik atau menyelesaikan saman fitnah mengikut terma-terma tertentu melibatkan beberapa individu.

Bekas rakan baik Ketua Pembangkang itu berkata, ‘permainan’ tersebut menimbulkan banyak persoalan dengan terbaharu Mahkamah Tinggi di sini merekodkan penyelesaian bersama dalam kes saman fitnah RM10 juta oleh Anwar terhadap tokoh akademik, Dr. Chandra Muzaffar.

“Tahun lalu ada dua saman fitnah yang difailkan beliau (Anwar), ditarik balik atau diselesaikan di luar mahkamah. Mengapa?

“Tetapi, saman fitnah RM100 juta Anwar terhadap saya, kalau boleh mahu dipercepatkan dan diteruskan. Saya mahu jumpanya di mahkamah," katanya.

Pada 26 Mac 2012, Anwar selaku plaintif menyaman Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012 di muka surat hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Sepanjang tahun lalu, Anwar menarik balik saman fitnah RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, selain kes saman fitnahnya terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung satu ceramah politik di Kuala Kangsar, Perak kira-kira enam tahun lalu, diselesaikan di luar mahkamah.

Nampaknya Anwar tengah pikir macam mana nak selesai kes ni agaknya , MMI pun hairan kenapa lambat sangat nak mulakan sebutan kes ?

Kadang-kadang perkara macam ni boleh menyebabkan Nalla sendiri pun U-Turn , haaa jangan main-main puak-puak sana suka selesai luar mahkamah buatnya dia bagi selori duit kertas RM100 tak kelam mata kawan !!

Apa pun setakat hari ini Datuk Nalla tak buat apa-apa pusingan U lagi cuma mendesak dan tak sabar-sabar nak ke mahkamah untuk mendedahkan kepada seluruh negara siapa sebenarnya Anwar Ibrahim !!

So citanya kalau benar Anwar rasa dirinya di fitnah mengapa tidak buat permohonan untuk percepatkan kes ni untuk menyucikan diri ?

Ops lupa pula MMI , dia ni mana kenal suci depan belakang semua balun !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels