Followers

Friday 31 January 2014

Seronok Ampa Raya Kan ??


Pagi semalam sewaktu MMI bersama 2 sahabat nak ke bandar , jalanraya seolah-olah berada di era 70 an dulu.Tidak banyak kenderaan di atas jalanraya malah laluan perjalanan yang selalunya mengambil masa sekitar 30 minit menjadi hanya 10 minit untuk tiba ke destinasi.

Ke mana perginya deretan kenderaan yang selalunya umpama rantai emas yang di pakai oleh mak cik-mak cik nak pi kenduri tu ?

Tiba ke destinasi pula , punyalah banyak ruang dan petak untuk parking sampaikan tak tahu mana satu nak pilih ! Ish selalu penuh ni dan macam rak buku jadinya.

Waktu sedang berurusan menyelesaikan dua tiga perkara , MMI tengok banyak kedai-kedai di tutup dan ada yang sudah hampir mahu di tutup.

Semuanya berlaku kerana masyarakat kaum cina akan menyambut perayaan tahun baru mereka hari ini.Malah sejak semalam mereka sudah pun memulakan perayaan itu dengan makan besar dan membakar mercun.

Hari ini pun masyarakat cina begitu sibuk dan sudah semestinya seronok menyambut perayaan mereka bersama keluarga atau sesiapa saja.Rumah-rumah terbuka pun banyak di Pulau Pinang katanya Guan Eng pun buat di PISA.

MMI bukan apa dalam musim perayaan ini kita dapat melihat betapa masyarakat Malaysia sebenarnya punya satu budaya yang cukup unik malah jauh lebih baik sebenarnya.Jelas dapat di buktikan betapa kita sebenarnya mampu bersahabat dan rasanya tidak perlu sampai ke tahap berbalah.

Namun yang menjadi kemushkilan MMI kenapa ianya HANYA berlaku di waktu musim perayaan semata-mata ?

Selesai perayaan , perang politik akan berterusan !!

Barangkali kerana ianya sudah menjadi sebahagian daripada lumrah rakyat Malaysia dan mungkin juga telah menjadi budaya politik negara maka mahu tidak mahu kita terpaksa berdepan dengan situasi seperti ini.

Seperti biasa , walaupun MMI agak sibuk sedikit sejak kebelakangan ini namun perjuangan untuk terus mempertahankan UMNO dan BN akan di laksanakan sebaik mungkin.

Dalam banyak-banyak perkara MMI juga ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada masyarakat cina di luar sana yang ketika ini sedang menyambut perayaan tahun baru supaya bermuhasabah diri.

Tidak ada sebarang kecelakaan malah suasana aman dan tenteram sejak semalam sewaktu kamu menyambut perayaan tahun baru.Tidak ada mana-mana pihak yang membuat kekacauan yang boleh menggangu-gugat persiapan dan perayaan kamu.

Ini membuktikan betapa orang-orang Melayu , India dan lain-lainnya punya sifat hormat-menghormati terhadap kaum lain walaupun sebelum ini manusia seperti Nga Kor Ming , Guan Eng , Ng Wei Aik , Teressa Kok , Lim Kit Siang , Tian Chua , Lee Khai Loon dan banyak lagi yang bersikap BIADAP malah menghina khususnya orang-orang Melayu dan agama ISLAM.

Apakah kamu rasa bahawa orang Melayu sudah tenang dan tidak lagi punya rasa marah dengan tindakan kamu sebelum ini ?

MMI bukan RASIS tetapi sekadar mengingatkan kepada kamu supaya kaum cina juga belajar menjadi kaum yang punya rasa hormat seperti mana orang-orang Melayu menghormati kamu.

Sekiranya kaum cina yang punya pendirian seperti ini masih mengekalkan momentum mereka terus-terusan menghina orang-orang Melayu dan agama Islam maka MMI bimbang tahun-tahun yang akan datang tidak ada lagi sambutan perayaan tahun baru seperti tahun ini atau semeriah ini.

Kalau boleh berubahlah ya !!


Seronok ampa raya kan ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels