Followers

Saturday 15 February 2014

Benarkah Mereka-Mereka Ini Warga Malaysia ??


Pulau Pinang merupakan antara negeri di Malaysia yang punya potensi untuk terus membangun seterusnya berdiri setaraf dengan negeri-negeri maju lain seperti Selangor , Johor dan lain-lainnya.Jika meihat kepada luarannya Pulau Pinang sememangnya menjadi destinasi pilihan kepada banyak pihak khususnya pelancong memandangkan kedudukannya sebagai sebuah negeri yang punya pulau dan kawasan pantai serta tempat peranginan yang menarik.

Namun jika melihat kepada aspek dalamannya Pulau Pinang kini tidak ubah hanyalah sebuah negeri yang hampir menyerupai Singapura atau mana-mana negeri yang punya kepadatan penduduk kaum cina.

Tidak dapat di pastikan sama ada kaum cina yang kini melata di serata pelusuk Pulau Pinang itu adalah mereka yang benar-benar di iktiraf sebagai warganegara Malaysia atau warga cina yang menumpang tuah di bumi Malaysia.

Bukan berniat untuk menuduh tetapi inilah realiti yang kini berlaku di bumi Pulau Pinang.

Mana mungkin kita boleh bertemu dengan mereka yang mengaku rakyat Malaysia tetapi tidak fasih malah ada yang tidak tahu untuk bertutur dalam bahasa Melayu ?

Agak pelik dan ganjil sedangkan di sekolah-sekolah cina dan tamil juga bahasa Malaysia (merujuk kepada bahasa Melayu) turut di ajar !

Jika itu berlaku maka sudah tentu ada yang tak kena di mana-mana.Namun MMI tak mau menuduh cukup sekadar mengatakan BARANGKALI ada mereka yang menetap di Pulau Pinang ini bukannya warganegara Malaysia tetapi berselindung di sebalik nama kaum cina.

Selebihnya MMI serahkan kepada pihak berwajib untuk melihat , meninjau , menyiasat dan kalau ternyata ianya benar maka bertindaklah sebelum sesuatu yang jauh lebih dasyat berlaku khususnya di bumi Pulau Pinang.

Semalam sewaktu sedang minum bersama beberapa rakan berlaku satu insiden di mana seorang warga asing yang tidak punya dokumen di tangkap oleh pihak berkuasa.Dan sememangnya mudah untuk pihak berkuasa menangkap warga asing terbabit kerana beliau merupakan seorang warga Bangladesh yang masuk ke Malaysia secara haram.

Bagi MMI ianya berlaku kerana saspek merupakan warga Bangladesh , mudah di cam tetapi bagaimana pula dengan warga cina yang sama tarafnya dengan Mat Bangla tersebut ?

Nak cam dekat mana tu ??? Wajah ???

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels