Followers

Friday 14 February 2014

Ketirisan Teks Khutbah Jumaat , Ada Tangan GHAIB !!


Sejak pagi tadi kecoh tentang isu portal pro pembangkang memuat naik berita yang mengulas tentang khutbah Jumaat dan sambutan hari valentine.Bagi MMI siapa sahaja berhak mengemukakan pandangan serta pendapat namun janganlah pula menjadi pelacur kepada mana-mana pihak dengan tindakan yang jelas menghina kedudukan satu-satu agama di Malaysia khususnya Islam.

Dah banyak kejadian dan insiden menghina agama Islam berlaku sebelum ini dan sedarkah puak-puak ini bahawa ada pihak yang amat tidak senang dengan tindakan sedemikian ?

Pada mulanya MMI tidak mahu campur tangan tentang isu valentine dan khutbah jumaat ni sebab beranggapan ianya merupakan 2 perkara atau berita yang berbeza di laporkan oleh portal pro pembangkang terbabit.

Tetapi apabila melihat dan membacanya sendiri ini tindakan keterlaluan yang pada firasat MMI di sengajakan dengan niat yang tersendiri.

Dan MMI juga sebenarnya amat bersetuju dengan pandangan beberapa sahabat blog yang sudah pun menulis tentang insiden ini di blog masing-masing Dr MiM & GPB.

Cuma selain daripada itu ada sesuatu yang menjadi kemushkilan MMI hingga kini.

Bagaimana teks khutbah Jumaat tersebut boleh sampai ke pihak yang tak sepatutnya ?

Siapakah yang menjadi dalang dalam ketirisan teks khutbah Jumaat tersebut ?

Sebagai orang biasa MMI yakin ada tangan-tangan ghaib dalam agensi terlibat sama ada JAKIM sendiri mahupun pihak-pihak lain yang punya niat untuk mencetuskan sesuatu malah mungkin ada yang sudah di bayar oleh pihak tertentu untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak ketiga dengan tujuan untuk melaga-lagakan orang Islam dan bukan Islam.

Bagi mereka yang tidak punya asas dan memahami agama Islam sudah tentu teks khutbah Jumaat itu akan di salah anggap seterusnya akan menyebabkan pihak-pihak bukan Islam menjadikannya sebagai bahan untuk kepentingan tertentu.

Percayalah sekiranya insiden seperti ini tidak di tangani dengan baik sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku !

Yang pasti jangan hanya menyalahkan portal pro pembangkang sahaja , pihak berwajib harus segera menyiasat dan mencari siapa dalang atau pemilik tangan GHAIB di sebalik semua yang berlaku.

Psst cari barua tu sampai dapat !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels