Followers

Tuesday 18 March 2014

5 Landasan Kini Di Siasat #MH370


Perkembangan kehilangan pesawat MH370 semakin rumit dan MMI yakin ianya sudah sampai ke tahap paling berisiko.Apa yang boleh MMI sebut adalah insiden ini sudah mula memasuki dimensi baru apabila kemungkinan rampasan , aktiviti keganasan atau hal berkaitan perisikan sudah mula di ambil kira.

Jika di lihat kepada skop siasatan hampir pasti aksi-aksi seperti filem "Die Hard" kini kemungkinan besar berlaku dengan tujuan tertentu.

Antara yang menarik minat MMI adalah laporan myMetro berkenaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan satu pasukan penyiasat khas untuk menjejak kemungkinan wujud lapangan terbang rahsia di koridor utara dan selatan yang kini menjadi kawasan tumpuan pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 10 hari lalu.

Agensi media antarabangsa sebelum ini melaporkan, ada lebih 600 lapangan terbang di koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan-Turkmenistan sehingga utara Thailand dan koridor selatan yang mengunjur dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. 

Bagaimanapun, Jumlah berkenaan turut mengambil kira semua lapangan terbang awam, komersial dan pangkalan udara tentera beberapa negara. 

Dalam masa yang sama hasil daripada tindakan pihak berkuasa yang telah mengambil alat simulator penerbangan di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah mengesahkan menemui perisian lima landasan sekitar Lautan Hindi seperti mana yang di laporkan oleh akhbar berita harian.

Menurut sumber, walaupun terlalu awal untuk membuat rumusan, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie. 

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.”

MMI yakin petunjuk-petunjuk ini mampu membantu malah mungkin menghuraikan persoalan banyak pihak di luar sana tentang di mana pesawat MH370.

Rakyat Malaysia seluruhnya perlu bersedia !

MMI

1 comment:

  1. .. dah cuba landasan di kampung ulu... www.google.com.my/search?q=khawtaung+airport&oq=k&aqs=chrome.4.69i57j69i60l3j69i59j69i60.9660j0j7&sourceid=chrome&espv=2&es_sm=119&ie=UTF-8

    ... dekat, jimat minyak, kerajaan terlibat pun tiada peralatan canggih dan sekiranya sesak boleh guna baki minyak untuk penerbangan seterusnya kedestinasi lain...

    ReplyDelete

Labels