Followers

Tuesday 25 March 2014

Aku Rimas Sejak Semalam #PRAYFORMH370


Gambar di atas menunjukkan betapa komitmen yang di tunjukkan oleh pemimpin negara dalam usaha mencari dan mengesan pesawat MH370 yang di laporkan hilang.Mungkin tak banyak pihak yang perasan bahawa kelibat manusia inilah yang sering hadir berdepan dengan semua wartawan bagi menyampaikan maklumat perkembangan terkini operasi mencari pesawat MH370.

Malah bukan sahaja hadir setiap hari dalam sidang media tetapi turut bersama-sama dengan pasukan pencari di lautan semata-mata kerana tanggungjawab dan amanah yang di pikulnya sebagai pemangku Menteri Pengangkutan.

Apa lagi di mahukan oleh manusia-manusia kurang akal di luar sana ?

Malah bukan Datuk Seri Hishamuddin sahaja yang terlibat seluruh jentera dan pasukan negara bersama-sama dengan pimpinan lain setiap hari memainkan peranan masing-masing.

Semalam YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengdakan sidang media tergempar pada jam 10.00 malam dan telah menyampaikan maklumat terkini berkaitan operasi mencari dan mengesan pesawat MH370.

MMI tahu bukan sesuatu yang mudah untuk kita terima hakikat namun kepimpinan negara begitu berhati-hati mengeluarkan kenyataan supaya tidak menyinggung mana-mana pihak khususnya ahli keluarga yang menanti dengan penuh harapan.

Hari ini akan di adakan satu lagi sidang media bagi memperincikan maklumat yang di perolehi.

Sebagai rakyat dan kita yang hanya mampu berdoa ini seharusnya sokongan bukan sahaja di berikan kepada ahli keluarga tetapi juga kepada barisan perwira negara yang sejak pada hari kejadian tidak pernah berhenti berharap malah sentiasa berusaha dengan gigih menjalankan kewajipan mereka.

Aku rimas sejak semalam kerana masih ada puak-puak celaka yang masih dengan politik bangsat mereka !!

Ayuh rakyat Malaysia kita doakan yang terbaik buat semua.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels