Followers

Monday, 31 March 2014

Apa Yang Bakal Berlaku Pada 7 April 2014 ?


MMI bukan pakar ramalan tetapi sekumpulan hackers yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous telah mengeluarkan amaran baru untuk menyerang semua kepentingan Israel melalui internet pada 7 April 2014.

Serangan terhadap Israel itu di lakukan kerana mereka tidak pernah berhenti untuk terus menyerang rakyat Palestin yang sehingga kini seolah-olah di biarkan untuk menjadi sasaran mudah kepada pihak YAHUDI.

Bukan semua negara di dunia punya kemampuan untuk menandingi kekuatan ketenteraan puak-puak yahudi ni , malahan negara-negara arab sendiri seolah-olah di ikat kaki dan tangan mereka tanpa berani melakukan apa-apa tindakan.

Sukar untuk di jelaskan tetapi MMI faham dalam keadaan dunia di monopoli oleh kuasa ketenteraan negara-negara kuasa besar dunia yang memiliki gandingan kekuatan ketenteraan sudah pasti menjadi penghalang kepada gerakan-gerakan sebegini.



Seperkara yang menjadi persoalan adalah sejauh mana mereka ini bukan proksi Yahudi ? Bukan niat untuk menidakkan sumbangan ini tetapi dalam dunia penuh spekulasi seperti hari ini macam-macam boleh berlaku.

Apa pandangan ampa pula ??

MMI

1 comment:

  1. awesome! mysterious macho....

    ReplyDelete

Labels