Followers

Wednesday 12 March 2014

Aussie Cuba Cari Nahas !!


MMI tak pasti apa tujuan puak-puak ni melaporkan berita sedemikian tetapi tindakan sebegitu di saat Malaysia sedang berdepan dengan isu kehilangan pesawat MH370 seolah-olah satu cubaan untuk memburukkan negara Malaysia.

Semua pihak sedia maklum pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang telah di laporkan hilang sebaik berlepas daripada KLIA menuju Beijing China.Berdasarkan kepada titik akhir ianya di kesan satu operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran telah pun di gerakan sejak sabtu lalu melibatkan lebih daripada 10 buah negara malah sehingga kini operasi tersebut masih berjalan.

Malaysia pada ketika ini sudah pun mengerahkan aset-asetnya bagi meneruskan operasi pencarian yang telah masuk hari ke 5 sejak pesawat tersebut di sahkan hilang.

Namun adalah sesuatu yang cukup mengecewakan pada ketika banyak pihak sedang bersedih khususnya ahli keluarga yang terlibat media Australia lebih mementingkan keuntungan dan mencari publisiti murahan semata-mata.

Amat di kesalkan sekali apabila laporan TV Channel 8 Australia "A Current Affair" itu bukan sahaja di lihat cuba mengambil kesempatan di atas insiden yang berlaku tetapi di lihat biadap kerana menyiarkan satu laporan berkenaan sikap pembantu juruterbang MH370 Farid Abdul Hamid dan rakan-rakannya ketika membantu mengemudi salah satu penerbangan lain dari Phuket , Thailand ke Kuala Lumpur. 

MAS pula dalam satu kenyataan medianya hari ini telah mempertikaikan tindakan media Australia tersebut dan meminta semua pihak supaya menghormati privasi mangsa MH370 serta ahli keluarga mereka.


Persoalannya kini kenapa media Australia "A Current Affair" memilih untuk melaporkan serta mendedahkan aib juruterbang MAS di saat seluruh dunia tahu apa yang sedang menimpa mereka ?

Di mana kredibiliti mereka-mereka itu yang mengaku sebagai pengamal media yang kononnya bertaraf antarabangsa apabila menyajikan laporan sebegitu di saat seluruh warga dunia sedang berduka dengan insiden yang berlaku ?

Dalam masa yang sama sesuatu yang agak ganjil berlaku di sini , laporan berita dan temubual yang di lakukan oleh media Australia itu seolah-olah telah di sediakan lama sebelum ini.Memandangkan tempoh insiden yang telah memasuki hari ke 5 maka ada kemungkinan ianya hanya menanti masa untuk di tayangkan.

Namun ianya masih menjadi persoalan seperti mana laporan-laporan sebelum ini yang turut menyentuh atau mengaitkan kehilangan MH370 dengan aktiviti pengganas , rampasan pesawat , krisis nasional melibatkan beberapa negara kuasa dunia termasuk aktiviti UFO dan sebagainya.

Dalam keadaan pelbagai persepsi yang kini di mainkan oleh banyak pihak media khususnya di media sosial , semuanya sama sekali tidak pernah menyentuh tentang sensitiviti setiap penumpang mahupun krew pesawat.

Apakah tindakan "A Current Affair" ini merupakan sebahagian daripada agenda terancang yang di perkatakan di ruang maya berkaitan serangan terancang pihak-pihak tertentu ke atas Malaysia ?

Bukan mengiakan tetapi jika melihat cara dan kaitannya , barangkali MAS merupakan sasaran pertama dalam usaha pihak-pihak di luar sana yang sememangnya tidak senang dengan apa yang di miliki oleh Malaysia.

Melumpuhkan MAS bererti melumpuhkan kedudukan ekonomi negara Malaysia.Jika itu berlaku maka sudah pasti Malaysia akan terancam dari banyak sudut.

Bayangkan kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya apa yang catatkan di atas benar-benar berlaku ?

Memetik kenyataan yang sering di perkatakan oleh pihak bertanggungjawab (DCA & lain-lain) dalam menangani insiden kehilangan pesawat MH370 ini "SEGALA KEMUNGKINAN DI AMBIL KIRA".

Berdasarkan kenyataan itu rasanya tindakan tidak bertanggungjawab oleh media Australia ini khususnya "A Current Affair" amat tidak wajar dan sesuatu harus di lakukan supaya ianya tidak berulang.

Wisma Putra wajar melakukan sesuatu dengan menghantar isyarat sejelas-jelasnya kepada kedutaan Australia atau kerajaan Australia bahawa kerajaan Malaysia amat tidak senang dengan tindakan sedemikian dan membuat tuntutan supaya "A Current Affair" segera menarik balik laporan tersebut.

Bukan menafikan kelemahan mana-mana pihak tetapi sebagai seseorang yang punya tanggungjawab , seharusnya kita lebih peka dalam berdepan insiden yang kini sudah menjadi isu dunia.Keprihatinan kita seharusnya di sasarkan kepada perkara yang boleh membantu operasi mengesan dan menyelamat yang kini sedang rancak di lakukan.

Bukan dengan mencari publisiti murahan di saat ada insan lain sedang bersedih. 

Persoalan akhir yang perlu rakyat seluruh dunia fikirkan , Apakah laporan daripada "A Current Affair" itu boleh membantu usaha pencarian pesawat MH370 ? utaranews.com

Klik sini untuk video ENTER 

MMI

1 comment:

  1. Laporan berkenaan lebih ke arah untuk mengaitkan sikap tabie manusia yg tidak bertanggung jawab ketika menjalankan tugas yang diamanahkan. Ini aakan menjadi salah satu judgement buat semua orang dalam membuat beribu andaian. Semua ini terjadi kerana kehilangan pesawat ini terus menjadi misteri tanpa ada apa2 tanda penyebab yang konkrit. Itu sebabnya kita perlu sentiasa bersikap professional sentiasa seperti DR Mahathir, dan bukannya seperti Sialan Nuar Al Jubury, Sekurang-kurangnya kita sentiasa berbuat baik dan juga perlu dilihat baik. JIka begitu tidak akan ada apa yang boleh orang lain cipta untuk persepsi buruk kita.

    ReplyDelete

Labels