Followers

Thursday 27 March 2014

Laporan Terkini SAR MH370 Perang Di Lautan Hindi


Berdasarkan sumber inilah keadaannya di lautan Hindi apabila semua operasi Search & Rescue untuk mengesan kedudukan pesawat MH370 yang di laporkan hilang di tumpukan ke Koridor Selatan.Semua kapal dan pesawat di beritakan berada di kedudukan masing-masing dengan tujuan dan matlamat yang sama.

Sekali imbas seolah-olah dunia sedang berperang tetapi peperangan ini bukan melibatkan antara negara dengan negara tetapi peperangan semua pihak untuk mengesan dan mencari pesawat MH370.

MMI sanjung tinggi semua pihak yang terlibat memandangkan ianya bukan satu operasi mudah kerana di beritakan ombak di lautan Hindi ini mampu mencecah ketinggian setinggi 40 kaki.

Walau bagaimanapun operasi yang telah masuk hari ke 20 ini terpaksa dihentikan buat sementara waktu ekoran cuaca buruk.

Pesawat yang digunakan dalam misi ini telah diarah untuk kembali semula ke Perth dari kawasan mencari yang dipercayai lokasi pesawat MH370 berakhir.

Manakala kapal-kapal yang berada di kawasan tersebut dibenarkan meneruskan operasi mencari.

“Ramalan di kawasan itu mendapati terdapat ketulan ais, angin kuat dan jarak penglihatan hampir sifar,” pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat yang bertangungjawab ke atas pesawat P8 Poseidon, Leftenan Komander Adam Schantz memberitahu Reuters.

“Mereka yang berada di lokasi sedang dalam perjalanan balik ke sini dan semua misi setakat ini ditangguhkan,” kata Schantz menurut laporan tersebut.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) memberitahu, 11 pesawat dan lima kapal telah dikerah bagi meneruskan usaha menjejaki pesawat malang tersebut.

Operasi pencarian dibahagikan kepada dua kawasan yang meliputi 78,000 kilometer persegi, di selatan Lautan Hindi.

Misi pencarian hari ini melibatkan dua pesawat AP-3C Orion milik tentera laut Australia, jet Ilyushin IL-76 oleh pihak China, P-8 Poseidon oleh Amerika Syarikat dan pesawat P-3 Orion milik kerajaan Jepun.

HMAS Success turut dihantar bagi operasi ini di kawasan pencarian kira-kira 2,500 kilometer Barat Daya Perth bersama-sama empat kapal dari kerajaan China - Xue Long, Kunlunshan, Haikou and Qiandaohu.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels