Followers

Wednesday 19 March 2014

Petunjuk Baru Skuad ELIT Kini Ke KORIDOR UTARA !!

 

Kepada rakyat Malaysia , MMI harapkan terus bersabar dan sama-sama teruskan berdoa semoga semua penumpang MH370 berada dalam keadaan selamat.Insyaallah MMI punya keyakinan mereka masih hidup dan kini berada di satu tempat.

Cuma yang menghalang kita untuk mengetahuinya adalah kerana proses pencarian dan mengesan yang di jalankan oleh semua pihak yang terlibat sedang giat di lakukan dengan kerjasama negara-negara luar.

Berdasarkan petunjuk baru ini rasanya dalam sedikit masa lagi kita semua akan mendapat perkhabaran pertama tentang nasib semua penumpang pesawat MH370.

Ini berdasarkan kepada laporan di bawah ,

Sekumpulan anggota pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dihantar ke kawasan Koridor Utara bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12, hari ini.

Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara. 

Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lokasi dituju pasukan berkenaan dan berapa jumlah anggota terbabit.

“Penghantaran pasukan itu sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara,” katanya kepada Harian Metro. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu memberitahu bahawa misi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas ke Koridor Utara dan Selatan berikutan data daripada radar tentera mengesahkan bahawa pesawat yang berpatah balik dari pusat kawalan trafik udara Vietnam adalah penerbangan MH370.

Walau apa pun MMI bermohon kepada seluruh rakyat Malaysia teruskan berdoa dan jangan sesekali berhenti berharap.Sesungguhnya keajaiban itu juga datangnya daripada Allah swt.Amin.

MMI

3 comments:

  1. Kenapa awak bilang semua orang kat blog awak? Kan ini TOP CONFIDENTIAL? Nanti semua orang tahu, lepas tu journalist2 yang kepo akan buat cerita ...habis lah no more surprise. Apalah you ni?!

    ReplyDelete
  2. By the way, sape bilang awak pasal ni? Awak ni James Bond ke?

    ReplyDelete
  3. Apalah korang ni , cuba baca betul2 MMI huraikan kenyataan berdasarkan laporan di metro & satu kata2 semangat buat rakyat Msia terutamanya kpd keluarga mangsa.Kita doakan sama2.

    ReplyDelete

Labels