Followers

Friday 21 March 2014

Ratusan Ribu Di Putrajaya ALHAMDULILLAH


Alhamdulillah setakat artikel ini di tulis di khabarkan jumlah rakyat Malaysia yang hadir untuk bersama dalam program Selawat Perdana di Putrajaya sudah mencecah ratusan ribu.Malah orang ramai masih kelihatan berpusu-pusu melangkah masuk ke Putrajaya untuk tidak melepaskan peluang bersama-sama yang lain.Sesuatu yang cukup indah melihat lautan manusia yang punya pegangan yang sama dengan MMI.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Selawat Perdana di Putrajaya.





Program yang mensasarkan 500,000 kehadiran itu dianjurkan bagi menghimpunkan umat Islam, tidak kira usia, ideologi dan latar belakang.

Anjuran barisan generasi muda di bawah naungan Sekretariat Selawat Perdana, program ini diharap dapat menyatukan umat Islam dari seluruh Malaysia untuk memupuk perasaan Mahabbah iaitu melalui qasidah dan zikir.

Setiausaha Sekretariat Selawat Perdana, Shahrul Nasrun bin Datuk Haji Kamarudin yang juga Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia berkata, pihaknya mahu memupuk perhubungan sesama manusia yang berterusan, tidak kira keturunan, darjat, warna kulit, dan bahasa.

“Jika seseorang memerlukan bantuan, adalah menjadi tanggungjawab bersama membantu mereka yang kurang bernasib baik. Jika perkara ini dapat direalisasikan, maka hasrat Negara mewujudkan masyarakat penyayang akan segera tercapai.” Baca Selanjutnya 

Dalam masa yang sama MMI di maklumkan ada lagi satu program yang di anjurkan oleh pihak yang sering mengkritik apa jua yang kerajaan lakukan.Malas MMI nak taip kat sini rasanya cukup ampa baca artikel sahabat blog MMI kat bawah ni. 

Baca juga artikel berkaitan Klik Sini 

Terima Kasih Rakyat Malaysia !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels