Followers

Tuesday 1 April 2014

Hati-Hati Dengan Syaitan PKR , Nik Aziz Pun Mahu Di Pesongnya !!!


Lihatlah renungannya !!

Semua pihak sedia maklum Nik Aziz pemimpin agung bagi penyokong-penyokong PAS sudah pun mengungkapkan ungkapan keramat yang tidak pernah beliau ungkapkan sejak lebih dari 20 tahun dulu iaitu MAAF !

Sebagai manusia yang mengaku Islam itu adalah agamanya , tidak mustahil Nik Aziz di hari-hari tuanya sedar bahawa terlalu banyak kerosakan yang telah di bawanya sejak terlibat dalam dunia politiik apatah lagi kedudukan beliau apabila di angkat sebagai pemimpin parti politik.

Bukan satu perkara mudah bagi sesiapa jua yang memikul amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin kerana di bahu kiri dan kanannya terletak tanggungjawab dan amanah yang cukup berat.

Setiap pertuturan dan tindakan pemimpin itu bakal mencorakkan pengikut-pengikut di bawah.Jika di fikirkan balik bukan main-main amanah ini malah Nik Aziz yang kita kenal bukanlah seorang pemimpin maksum dan beliau pernah mengeluarkan kata-kata kesat sehingga ada di antaranya cukup melampau.

Jika Nik Aziz benar dan setiap kata-kata yang di hamburkannya itu adalah benar belaka , maka MUSTAHIL bagi alim ulama lain untuk menegur malah ada yang sampai ke tahap berdepan dengan manusia bernama Nik Aziz ini.

Ini hakikat yang harus kita terima bahawa kuasa bukan milik kita.Ianya milik Allah swt tuhan segala alam dan sebagai manusia kita perlu redha dengan ketentuannya.Nik Aziz mungkin di anggap sebagai ulama bagi penyokong politiknya tetapi perlu di ingat ulama punya sifat yang tersendiri malah jika di bandingkan dengan Nik Aziz selama mana beliau berkecimpung dalam dunia politik , rasanya perbezaan itu amat ketara sekali.

Walau bagaimanapun Nik Aziz sudah pun memohon maaf kepada semua pihak di atas kesalahannya sebelum ini.Sebagai umat Islam sejauh mana baik atau buruknya seseorang itu kita harus memaafkan selebihnya terserah kepada Allah swt untuk menentukan.Baca Sini 

Malah dalam keadaan penuh hiba dan rasa syukur dengan perubahan sikap yang di tunjukkan oleh Nik Aziz , masih ada manusia yang berusaha untuk mendapatkan kredit bagi kepentingan politik bernafsunya.Agak menyedihkan melihat ianya berlaku di saat seorang pemimpin lain sedang berusaha untuk berhijrah.

Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang , Anwar Ibrahim yang kebetulan berada bersama-sama dengan Nik Aziz sewaktu permohonan maaf itu dibuat bukan sahaja tidak mengambil ruang dan peluang ini untuk bermuhasabah diri tetapi di lihat cuba mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.

Sewaktu di dalam pertemuan singkat bersama Mursyidul Am PAS , Anwar Ibrahim telah meminta bekas Menteri Besar Kelantan tersebut untuk mendoakan kesejahteraan dirinya agar di berikan kekuatan untuk menumbangkang UMNO dan BN.

Anwar juga menegaskan beliau bersedia mengambil alih kepimpinan kerajaan ekoran kegagalan ketara kerajaan BN menangani isu-isu membabitkan kepentingan rakyat dan negara.

Banyak persoalan wujud apabila Anwar mula membuka mulut !

Pertamanya , di sinilah timbulnya keraguan berkenaan keikhlasan Nik Aziz memohon maaf.Jika benar Nik Aziz ikhlas dan benar-benar menyesal dengan perbuatan dan kesilapan yang beliau akui pernah di lakukan sewaktu menggalas jawatan Menteri Besar mengapa perlu pula Nik Aziz mendoakan supaya Anwar di berikan kekuatan untuk menumbangkan UMNO dan BN ?

Apakah Nik Aziz benar-benar yakin sehingga ke hari ini hanya UMNO dan BN sahaja yang sering melakukan kesalahan ? Sedangkan Nik Aziz sendiri telah pun mengakui beliau turut melakukan kesalahan dan kesilapan sewaktu memimpin parti PAS dan juga rakyat di Kelantan !

Jika benar sekalipun Nik Aziz mendoakan untuk Anwar maka tindakan Nik Aziz memohon maaf sebelum ini hanyalah satu tindakan berbau politik dan tidak ikhlas.

Keduanya di waktu Nik Aziz sudah benar-benar yakin dan menginsafi segala perbuatannya sebelum ini , Anwar menjadi SYAITAN paling hampir apabila permohonan supaya beliau turut didoakan oleh Nik Aziz di buat.

Rakyat perlu faham bahawa Anwar bukan memohon supaya Nik Aziz membantunya dengan mendoakan supaya segala kesalahan dan kesilapan yang telah beliau lakukan selama ini di ampunkan oleh Allah tetapi lebih bernafsu dengan mengheret Nik Aziz kembali dalam dunia politik dengan mendoakan beliau supaya mendapat kekuatan untuk menghancurkan UMNO dan BN.

Bukan soal UMNO dan BN itu maksum kerana kesalahan dan kesilapan sering kali di lakukan oleh setiap manusia tetapi tindakan Anwar yang cuba mengambil kesempatan politik tatkala Nik Aziz mahu berhijrah merupakan tindakan paling keji dan tak sepatutnya di lakukan oleh seorang manusia yang di angkat sebagai anugerah tuhan oleh penyokong-penyokongnya.

Memalukan ! 


MMI

2 comments:

  1. Anwar minta Nik Aziz mendoakan supaya dia diberikan kekuatan untuk menumbangkan UMNO dan BN.Tak apalah tu. Kita balas balik dengan mendoakan semoga bukan UMNO/BN yang tumbang tapi Anwar sendiri yang tumbang sampai langsung tak boleh berdiri kembali. Selamat masuk penjara, Anwar, orang tua yang tak ada maruah diri dan masih belum mahu bertaubat walaupun sudah berada dalam umur "kubur sudah kata mari".

    ReplyDelete
  2. Nik aziz ni selalu minta maaflah..................antaranya dulu kes air di kelantan.

    ReplyDelete

Labels