Followers

Saturday 12 April 2014

#MH370 Kenapa Fariq Guna Telefon Bimbit ??


Semua orang dah sedia maklum perkembangan terkini yang di laporkan sejak pagi tadi menyatakan pembantu juruterbang MH370 Fariq cuba berhubung dengan seseorang pada ketika pesawat terbang rendah di sekitar Pulau Pinang.

Difahamkan pesawat penerbangan dengan 239 penumpang itu terbang pada ketinggian yang cukup rendah bagi membolehkan isyarat telefon bimbit itu dikesan oleh pemancar telekomunikasi di daratan.

Panggilan tersebut walau bagaimanapun terputus sebelum sambungan berjaya dilakukan.Baca selanjutnya di SINI 

Berdasaran laporan tersebut MMI boleh andaikan bahawa pesawat MH370 di pusingkan dari laluannya oleh juruterbang dan pembantu juruterbang sendiri.Malah ianya juga mengesahkan bahawa tidak berlaku sebarang masalah teknikal atau apa-apa kerosakan melibatkan pesawat yang memungkinan pesawat tersebut hilang.

Malah petunjuk baru ini memperkuatkan keyakinan MMI bahawa juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat MH370 telah di arahkan supaya berbuat demikian.Yang pastinya ia bukan kesalahan juruterbang atau pembantunya malahan panggilan yang cuba di buat itu membuktikan bahawa kedua-dua juruterbang terbabut sedang berusaha untuk menyelamatkan keadaan.

Di sebabkan itulah maka alat transponder pesawat di tutup kerana seseorang atau ada pihak lain sudah berada dalam kokpit pesawat.Agak sukar untuk menjelaskan keadaan ini namun MMI berpendapat kejadian melibatkan pihak lain itu berlaku sebelum pesawat berpatah balik.

Ada 2 kemungkinan bagaimana ianya boleh berlaku !

1.Kehadiran pihak lain di ruang kokpit dengan bantuan daripada kakitangan pesawat yang mengenali pihak lain.Ini berdasarkan banyak gambar-gambar yang menunjukkan ada penumpang yang di benarkan masuk ke ruang kokpit untuk tujuan bergambar atau berjumpa dengan juruterbang atas dasar kekeluargaan atau rakan.Kemudiannya pihak lain itu merampas pesawat.

2.Pergelutan di ruang penumpang dan pihak lain telah menawan sama ada kru pesawat atau penumpang dan mengugut untuk membunuh tebusan sekiranya pintu kokpit tidak di buka.Pada ketika ini juruterbang dan pembantunya mungkin memikirkan tentang nyawa penumpang serta kru sehingga menyebabkan mereka terlupa tentang perhubungan yang boleh di buat kepada pihak berwajib. 

2.Penggunaan teknologi seperti yang di war-warkan banyak pihak.

Persoalannya kini sekiranya berlaku rampasan bagaimana perhubungan melalui telefon bimbit itu boleh di lakukan ?

Dalam situasi rampasan seperti ini keadaan tidak akan sama dengan apa yang selalu kita saksikan dalam filem.Sudah tentu keadaan kelam kabut ini membolehkan Fariq menyembunyikan telefon atau pihak perampas sendiri tidak sempat dan sedar tentang telefon tersebut.Perampas mungkin lebih sibuk mendapatkan telefon atau apa sahaja yang berkaitan dengan komunikasi melibatkan penumpang serta krew.

Setelah keadaan dapat di kawal oleh perampas dan perhubungan dua hala di antara perampas dan juruterbang maka keadaan akan sedikit tenang.Pada ketika tenang inilah dan mungkin perampas sedikit leka dengan meninggalkan kokpit , Fariq cuba berhubung dengan mana-mana pihak yang di rasakan boleh membantu.

Namun ianya tidak lama kerana perampas kembali ke kokpit dan kerana itulah perhubungan tersebut tidak dapat di teruskan.

Ini pandangan peribadi MMI dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak yang sedang melakukan siasatan.Apa pun MMI masih optimis untuk menantikan jawapan sebenar kepada misteri kehilangan MH370.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels