Followers

Thursday 3 April 2014

Nah Jawapan Untuk Kebodohan Dr Maza


Operasi mencari dan mengesan kedudukan pesawat MH370 kini memasuki hari ke 27.Sejak laporan kehilangan pesawat milik Malaysia Airline itu di buat pelbagai pihak tampil memberikan sokongan malah menghulurkan bantuan kepakaran serta aset masing-masing.26 buah negara memberikan komitmen mereka terhadap operasi yang di lancarkan dan usaha terarah kepada mengesan kedudukan pesawat.

Lebih mengharukan negara-negara seperti Amerika Syarikat , Jepun , China , UK , Australia turut menawarkan bantuan malah membuktikan komitmen mereka atas dasar kemanusiaan.Sesuatu yang rasanya boleh di perakui sebagai operasi dan jalinan persahabatan terbesar dalam sejarah operasi "Search & Rescue" melibatkan sebuah negara kerdil seperti Malaysia.

Walau apa pun yang berlaku pujian dan rasa berterima kasih harus di hulurkan oleh seluruh rakyat Malaysia kepada semua pihak yang tampil memberikan bantuan serta sokongan kepada kerajaan Malaysia.Bukanlah sesuatu yang mudah untuk menghadapi situasi sebegini kerana segalanya harus di lakukan dengan berhati-hati dan mengambil kira banyak faktor selain daripada mewujudkan jaringan yang lebih dekat khususnya dalam perkongsian maklumat antara negara.

Namun pada ketika pimpinan negara menunjukkan komitmen terhadap usaha mencari pesawat MH370 , masih ada rakyat Malaysia sendiri yang lebih suka mencari publisiti murahan tanpa mahu memikirkan kesannya terhadap negara.


Antaranya adalah bekas Mufti Perlis , Mohd Asri Zainul Abidin yang sering tampil untuk mencari publisiti murahan apabila ada sahaja isu-isu melibatkan politik mahupun soal negara seperti mana yang sering beliau lakukan sebelum ini. 

Beliau dalam laman facebooknya mahukan supaya kerajaan Malaysia menghantar kapal selam Scorpene dalam membantu usaha mencari dan mengesan pesawat MH370.Antara alasan yang di berikan oleh Dr Asri  , kerajaan telah membelanjakan banyak wang bagi membeli peralatan ketenteraan tersebut.

Asri yang sering mencari publisiti murahan turut mengkritik kerajaan di dalam pelbagai isu politik juga menyindir YAB Datuk Seri Najib apabila menyatakan negara Singapura juga telah menghantar kapal selam walaupun ianya tidak semahal scorpene.

Semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan sememangnya mempunyai keupayaan pertahanan melibatkan kapal selam.Malah ianya di akui sebagai antara yang terbaik di dunia memandangkan keupayaannya untuk mengesan dan memusnah.Namun dalam hal melibatkan operasi mengesan dan mencari kedudukan pesawat MH370 yang di laporkan hilang daripada radar , perancangan untuk melibatkan aset-aset haruslah di kaji agar ianya menepati dengan kehendak operasi selain daripada melihat kepada kemampuan perbelanjaan negara.

Bukan soal Malaysia tidak mampu mengoperasikan kapal selam negara tetapi dengan keterlibatan pelbagai aset lain yang di rasakan jauh lebih sesuai dalam operasi mencari dan mengesan pada ketika ini maka kapal selam milik negara tidak di gerakkan bagi membantu operasi tersebut.

Dan ini tidak bermakna Malaysia tidak akan menggerakkannya sampai bila-bila kerana setiap saat laporan dan maklumat mengenai operasi mencari dan mengesan kedudukan MH370 yang kini sedang giat di lakukan di Lautan Hindi melibatkan 8 buah negara dengan pelbagai aset sedang di lakukan.

Persoalan yang harus rakyat Malaysia fikirkan termasuk Dr Maza sendiri adalah setiap perancangan sama ada berkisar tentang operasi mencari dan mengesan atau pemilihan aset untuk di gerakkan di tentukan oleh mereka yang jauh lebih PAKAR dalam bidang masing-masing.

Sebagai sebuah kerajaan yang punya kemampuan kepakaran tersendiri dengan keterlibatan semua pihak sama ada daripada Angkatan Tentera Malaysia , Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia , DCA , Pihak Polis dan lain-lain agensi yang berkaitan sudah semestinya mereka punya strategi , perancangan dan sebab tersendiri untuk menentukan aset mana yang lebih perlu di gerakkan dan aset mana yang perlu di letakkan dalam keadaan bersedia.

Semua itu di lakukan dan di tentukan oleh mereka yang sememangnya pakar dalam bidang masing-masing malah kini turut di bantu oleh tenaga pakar daripada seluruh dunia.


Sejauh mana kepakaran Dr Maza atau pihak-pihak yang sering membuat tuduhan dangkal dalam hal ini sekiranya di bandingkan dengan kemahiran mereka-mereka yang di sebut tadi ?

Rasanya kalau setakat membaca di internet dan kemudiannya punya kepakaran dalam bidang penyampaian ceramah janganlah cuba berdiri atau mahu duduk sama tinggi dengan mereka yang punya kepakaran ketenteraan yang kini bersungguh-sungguh berusaha untuk mengesan pesawat MH370.

Seperkara yang mungkin Dr Maza tidak tahu atau tidak mahu fikirkan adalah soal keselamatan negara.

Pada ketika kebanyakkan aset milik negara di gerakkan bagi operasi mencari dan mengesan MH370 , negara juga memerlukan pertahanan dan sebahagian daripada pertahanan ini perlu di kekalkan bagi melindungi negara dan rakyat Malaysia termasuk Dr Maza sendiri.

Merujuk pula kepada persoalan Dr Maza atau banyak pihak di luar sana tentang perbandingan mengapa Malaysia tidak menggunakan kapal selam seperti mana Singapura yang menggunakan kapal selamnya dalam operasi mengesan dan mencari MH370.

Persoalan pertama yang harus di jawab adalah sejauh mana Dr Maza dan mereka-mereka di luar sana faham tentang kapal selam jenis apakah yang di gunakan oleh Singapura ?

Keduanya sejauh mana Dr Maza atau mereka-mereka di luar sana yakin Malaysia sememangnya tidak mengnatar kapal selam dalam operasi mengesan MH370 ?


Jawapannya adalah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghantar aset Submarine Escape & Rescue (SMER) MV Mega Bakti bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370.

Menerusi akaun rasmi TLDM di twitter, kapal selam MV Mega Bakti itu akan melakukan operasi SAR bersama sebuah kapal selam milik Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), MV Swift Rescue Submarine Support and Rescue Vessel (SSRV).

Berita itu menutup spekulasi kononnya Malaysia tidak menggunakan aset kapal selam bagi membantu operasi mengesan pesawat MH370.

Sebelum ini, pihak tentera memberitahu bahawa kapal selam jenis Scorpene milik TLDM tidak sesuai bagi kegunaan operasi mencari dan menyelamat.

Operasi mencari pesawat malang itu melibatkan 8 buah negara termasuk Malaysia. 40 buah aset udara dan air digunakan dalam operasi tersebut.

Sebab itulah di awal artikel ini ada menyebut pihak yang lebih pakar dan mahir dalam bidang ini jauh lebih tahu dan faham tentang kenapa atau mengapa sesuatu aset itu di gunakan.

Dalam masa yang sama jika kerajaan menurut segala tuntutan bodoh Dr Maza dan pihak-pihak yang punya kepentingan politik semata-mata ianya bukan sahaja tidak membantu tetapi turut akan menyebabkan bebanan perbelanjaan yang tidak sepatutnya di gunakan.

Dalam setiap langkah dan perancangan apatah lagi dalam mendepani insiden sebegini pemimpin yang cekap amat di perlukan untuk memastikan setiap keputusan itu di buat melalui kewajarannya bukan dengan rasa ingin terkenal atau keuntungan politik semata-mata. #PRAYFORMH370 kredit UtaraNews.com 

Komen MMI rasanya adalah lebih baik Dr Maza ni pi masuk politik , berkawan dengan puak PAS atau PKR ka mudah sikit.Tak pun pi masuk DAP lagi senang !!!!

MMI

9 comments:

  1. ..Emmm mungkin kalau menurut takrifan yang arif DR Maza, kenyataan ini adalah berdasarkan rujukan filem Star Trek kot....

    ReplyDelete
  2. Hehehe..
    Mcm A war Ibrahim laaaaa...
    Dah ada bini... awat x toron kow2...
    Pi toron org lain.

    Itu jawapan pd MAZA niii..
    Soklan bodoh..
    Jawapan pun bodoh jugaklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kau ada bini, kau tahu tak kalau bini kau ditoron oleh kawan kau sendiri? Tidak kan? Anak perempuan kau la best kene toron. baru syok ma....Maka jgn bercakap ikut napsu toron kau tu k...

      Delete
  3. Dia ni nampak macam pandai tapi sebenarnya b***h.

    ReplyDelete
  4. Bagi Maza & seangkatan dgn nya, mereka masih tidak akan puashati sekiranya kerajaan melondehkan semua kepada mereka, akan tetap dituduh masih ada barang tersembunyi dibawah ketiak dan dalam bontot.

    Dalam Islam pun ada prinsip tidak mendedahkan aurat kepada umum dan musuh. Contoh perempuan Islam wajib menutup aurat didepan bukan muhrim i.e bukan muhrim dapat diistilahkan sbagai "musuh" yg berpotensi melakukan harrasemen disebabkan geraman seksual. Begitu juga dalam taktikal mentadbir keselamatan negara, tak boleh londeh semua!! ada orang geraman seksual nanti...

    Jika anda penggemar kopi-o dihirup dgn serdaknya, anda juga munkin penggemar film xrated tak bertapis..u talk nuts u get monkeys.

    ReplyDelete
  5. ada akai pakai.itu kapal selam ketenteraan.australia pun ada berlambak.klu m,sia guna sekarang,buat kena gelak je,

    ReplyDelete
  6. Seribu kali sayang. Tiada gunanya mempunyai ilmu agama yang tinggi sekiranya tidak adil untuk memberi komen. Sejak kebelakangan ini Dr Maza kerap memberi komen yang tidak masuk akal. sedar2 lah tidak semua apa yang kerajaan tu salah.. tapi fikir-fikir kan lah pada diri Dr Maza.. apa sumbangan kamu kepada masyarakat....

    ReplyDelete
  7. bercerita dengan bodoh sombong apa dapat.betul tak. ego terlalu tinggi.

    ReplyDelete
  8. Bodoh punya blog, kau ngan family kau pun bodoh. Cakap mcm bagus. Dier pon manusia lah bodoh, ada khilaf. Kau pun lembu jugak bodoh. Menyebarkan kebencian orang, orang2 mcm kau ni sepatutnya dibalakan saja seluruh keluarga...Amin.

    ReplyDelete

Labels