Followers

Sunday 25 May 2014

Antara Road Tax & Melayu BIKINI


Dua PRK yang berlaku pada jarak waktu yang hampir sama telah memberikan banyak pengajaran kepada orang-orang Melayu sebenarnya.Persaingan politik di Bukit Gelugor dan Teluk Intan pada pandangan MMI amat berguna buat orang-orang Melayu untuk menongkah arus politik selepas ini.

Dengan tempoh masa untuk berkempen hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi bagi Bukit Gelugor , banyak perkara boleh di pelajari malahan Teluk Intan juga tidak putus-putus memberikan peringatannya.

Soalnya kini sejauh mana orang Melayu mahu melihatnya ?

Di Pulau Pinang , antara isu yang menarik perhatian banyak pihak sebelum ini adalah tindakan jentera kempen serta calon DAP Ramkarpal Singh menggunakan kenderaan tanpa cukai jalan.Riuh rendah seketika medan politik apabila kritikan mula di lemparkan terhadap calon dan parti DAP.

Namun segalanya tidak lama apabila calon BEBAS daripada Parti Cinta Malaysia mula memberikan saingan sengit kepada DAP.Banyak pihak yang meneliti proses kempen di Bukit Gelugor sedar dan tahu bahawa kehadiran Datuk Huan calon daripada PCM benar-benar memberikan masalah kepada DAP.

Tanpa kehadiran calon BN , PCM di lihat antara yang terbaik dan paling di takuti oleh DAP kerana sikap calon PCM yang mesra rakyat dan mudah di dekati.MMI kebetulan sempat bersama calon ini dan ternyata cakap-cakap orang itu benar sama sekali.

Malahan PCM telah menggariskan perkara-perkara yang di lihat wajar sekali buat penduduk Bukit Gelugor melalui manifesto mereka.

Barangkali kerana itu kem Ramkarpal di lihat lesu kerana hilang arah , strategi menggunakan nama mendiang Karpal juga sebenarnya menjadi "Bad Fire" kepada kempen DAP di Bukit Gelugor.

Pada ketika DAP semakin hilang akal timbullah nama Dyana Sofya seorang anak Melayu yang kini bersama DAP kerana fahaman terbukanya.Kehadiran beliau ke bumi Teluk Intan sedikit sebanyak menutup kelemahan DAP di Bukit Gelugor.

Sebelum itu nama Dyana Sofya agak terkenal memandangkan kegemparan banyak pihak dengan penyebaran gambar aksinya berbikini.Seperti kebiasaan isu-isu sebegini sudah tentu menjadi perkara yang cepat di tangkap oleh mereka-mereka di luar sana.Masing-masing mahu melihat sendiri walaupun selepas itu ianya di sahkan sebagai PALSU.

Serentak dengan itu tumpuan rakyat Malaysia mula menghala ke Teluk Intan.

Dalam keadaan tersebut maka timbullah suara sumbang seorang anak India daripada Pulau Pinang bernama RSN Rayer menghangatkan suasana.Caciannya terhadap UMNO dengan ungkapan CELAKA benar-benar menaikkan darah orang-orang Melayu.

Sekali lagi medan politik negara riuh-rendah dengan gerakan orang-orang Melayu berhimpun dan mahukan supaya anak India ini memohon maaf.Pasti ramai yang tahu kejadian rempuhan ke sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini sehingga memaksa anggota Polis menahan 9 orang daripadanya.

Tidak berakhir di situ Melayu Wilayah Persekutuan , Pahang , Kedah turut bangun dengan aksi masing-masing walaupun hakikatnya masih ramai orang Melayu yang menyatakan sokongan daripada rumah.

Insiden yang berlaku itu sedikit sebanyak telah menenggelamkan kelemahan Ramkarpal dan juga jenteranya.

Boleh di katakan semua mata tertumpu kepada isu CELAKA !!

Tidak cukup dengan itu Dyana pula di kilik ke sana ke mari oleh si tua dari pulau kezambo dalam kempen DAP di Teluk Intan sampaikan peniaga daging babi basah pun sanggup di salamnya.Ish ish kenapa sampai begitu ??

Namun dalam semua yang MMI tulis di atas ada 3 perkara yang amat penting dan MMI rasa perlu di kongsi dengan semua.

1.Sedarkah kita wahai orang Melayu bahawa apa yang berlaku itu sebenarnya adalah perancangan licik pihak pembangkang untuk melakukan "diversion" supaya rakyat khususnya orang-orang cina berterusan dan bertambah untuk tidak menyukai orang Melayu.Perancangan ini melibatkan suara RSN Rayer yang mencaci orang Melayu dan apabila Melayu bangkit akibat perasaan marah , DAP tahu ianya bakal menjadi isu besar yang boleh di gunakan oleh mereka dalam kempen-kempen di Bukit Gelugor dan Teluk Intan.

2.Keduanya dengan semua insiden dan isu yang telah mengambil tempat sepanjang proses kempen  , PAS berjaya di cacaikan oleh DAP dengan dakyahnya.Pimpinan PAS sama sekali hilang maruah apabila HUDUD kini tidak lagi berkemundang.Pada firasat MMI ianya hampir pasti akan timbul semula setelah PRK Teluk Intan selesai kerana kini Hudud perlu di senyapkan supaya tidak berlaku pemberontakan di kalangan pengundi kaum cina.Malahan PAS turut tidak mengakui ahli sendiri seperti mana yang berlaku terhadap Nabi Bux.

3.Yang terakhir dan paling penting DAP berjaya menundukkan Melayu (ketika ini).Mungkin akan ada yang marahkan MMI kerana menggunakan kata-kata itu tetapi itulah hakikatnya.Kehadiran Melayu seperti Dyana Sofya sudah cukup untuk menggembirakan pemimpin DAP seperti Kit Siang kerana Melayu lainnya tidak mampu untuk melakukan apa-apa.

Mereka kini sudah tahu kelemahan orang Melayu , untuk pesongkan Melayu bukan dengan memaksa mereka tetapi melalui penerangan serta dakyah tentang keterbukaan serta hak sama rata.Mengajar orang Melayu (anak muda) supaya tidak lagi menganggap kontrak sosial sebagai satu wadah yang harus Melayu pertahankan.

Sebagai kiasannya , di waktu Melayu lainnya sibuk dengan isu road tax tamat tempoh dan juga aksi gadis Melayu berbikini ... DAP sudah berjaya memijak orang Melayu.

Di mana laungan hudud ?? Mana janji PAS ?? Mana Melayu lainnya di waktu bangsa kita di hina ??

Jika semua itu pun Melayu masih boleh bertenang maka bersedialah untuk di pijak dan agama kita di permainkan !!

Bukit Gelugor ... Teluk Intan .. Melayu tersungkur ... Agama di mainkan 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels