Followers

Tuesday 27 May 2014

Isu Cokelat MMI Tabik Sama Pemuda Wilayah @Razlanrafii


Sememangnya isu berkaitan makanan halal menjadi perkara paling penting kepada rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu dan Islam.Sebagai sebuah negara merdeka seperti Malaysia dan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara maka sudah tentu status HALAL amat di titik beratkan.

Namun terdapat kes-kes di mana berlakunya kecuaian pihak-pihak pengusaha atau pembuat sehingga menjadikan sesuatu makanan itu bertukar status daripada HALAL menjadi tidak HALAL.

Sebagai contoh untuk mendapatkan status HALAL pengusaha atau pembuat mestilah membuat permohonan kepada pihak berwajib selain daripada perlu mengikuti beberapa prosedur-prosedur tertentu selain daripada menghantar sampel makanan untuk di uji.

Bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya berlaku penipuan setelah status HALAL di miliki ?

Sudah barang pasti sukar untuk mengetahuinya.Ya..pasti ada pihak yang akan menyalahkan agensi atau pihak-pihak tertentu kerana tidak melakukan pemantauan.

MMI setuju tetapi menyalahkan pihak berwajib sahaja tidak adil kerana pihak yang menipu juga seharusnya di pertanggungjawabkan.

Dalam kes Cadbury MMI yakin ada unsur-unsur penipuan berlaku.

Oleh yang demikian MMI memuji tindakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang bukan sahaja tampil tetapi turut bertindak.

Inilah yang sepatutnya di lakukan oleh banyak pihak lain...



Melalui pantauan MMI pihak Cadbury telah pun mengeluarkan kenyataan berkenaan komen-komen yang di lemparkan terhadap pihak terbabit.


Berdasarkan tindakan Pemuda Wilayah Persekutuan dan reaksi daripada Cadbury sendiri maka MMI menantikan jawapan serta tindakan selanjutnya.

Cadangan MMI halau sahaja Cadbury dari bumi Malaysia !!

Tidak emosional tetapi MARAH kerana mereka seolah-olah tidak menghormati orang-orang Islam di Malaysia.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels