Followers

Tuesday 27 May 2014

Kalah Bukan Halangan PCM Jumpa Rakyat


Calon PCM Datuk Huan Cheng Guan hari ini turun padang bertemu rakyat bagi mengucapkan terima kasih dan tanda penghargaan beliau kepada penyokong dan pengundinya kerana memberikan sokongan sewaktu PRK Bukit Gelugor baru-baru ini.

Agak sukar untuk melihat aksi sebegini berlaku dalam kebanyakkan piliharaya kecil sebelum ini apatah lagi ianya melibatkan calon yang kalah dalam pertandingan.

Tindakan Datuk Huan wajar di puji apabila mengenepikan soal kalah menang kerana yang jauh lebih penting adalah menghargai rakyat.

Datuk Huan pagi tadi telah hadir ke pasar Air Itam bersama-sama dengan jenteranya dan tindakan ini di lakukan sebagai penutup proses kempennya sebelum ini.

Berdasarkan tinjauan pagi tadi jelas kelihatan rakyat begitu senang menerima kehadiran Datuk Huan dan kehadiran beliau membuktikan jolokan yang di berikan kepada calon PCM ini sebagai pemimpin berjiwa rakyat amat bertepatan sekali.

Lagi gambar Klik Sini 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels