Followers

Friday 2 May 2014

Kerana SAYANGKAN DAP , PAS Kini Hampir KAFIR ?!!!


Tak perlu lagi menuding jari atau berpura-pura maksum kerana PAS kini semakin menelan ludah sendiri.Cerita tentang cadangan PAS negeri Kelantan untuk membentangkan draf undang-undang hudud kini bukan sahaja menjadi isu besar tetapi turut mengheret kredibiliti parti yang mengaku Islam ini ke kancah politik paling jijik abad ini.

Jika dulunya UMNO sering kali di tuduh dengan bermacam tuduhan termasuklah ada yang mengkafirkan orang-orang UMNO kini nampaknya situasi serupa bakal berulang.

Penentangan berterusan DAP terhadap cadangan PAS itu sudah cukup untuk membuktikan betapa PAS selama ini GAGAL menyelesaikan janji mereka sendiri.

Dalam keadaan pimpinan UMNO sudah bersedia untuk memberi ruang dan telah menyatakan sokongan kepada cadangan tersebut , PAS kini di lihat terkial-kial malahan PAS Kelantan di lihat berseorangan dalam hal ini.

Hadi Awang selaku Presiden parti bukan sahaja wajar tetapi perlu bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan cadangan yang di adu domba ini di teruskan.Jika tidak PAS seharusnya mengaku sahaja bahawa mereka adalah sebahagian daripada mereka yang hampir dengan puak-puak kafir.

Jangan hanya kerana DAP menentang maka PAS mula memikirkan untuk menanguhkan cadangan tersebut.Jika itu berlaku maka jelaslah PAS bukan lagi PAS tetapi sudah menjadi DAPAS !!

Kadang-kadang terfikir , apakah PAS dan pimpinan utamanya berani untuk angkat muka di depan dinasti LIM dan dinasti ANWAR ?

Dinasti LIM dan konco-konconya berterusan menentang dengan begitu hebat cadangan PAS Kelantan dan tidak ada jalan lain yang boleh PAS lakukan selain daripada bertindak keluar daripada Pakatan Haprak !!

Soalnya kini sejauh mana PAS benar-benar berani serta jujur dan ikhlas dalam cadangan mereka ?

Jutaan rakyat kini sedang memerhatikan tingkah laku pemimpin PAS !! Ingat tu .... Ingat tu , jangan sampai jadi macam bekas pemimpin ini terlalu taksub dengan DAP akhirnya membawa kepada kekhilafan diri sendiri.


MMI

3 comments:

  1. Salam. Blog tuan telah saya pautkan di blog saya. Terima Kasih. Selamat berjuang ~ IBM@ibm-akusayangumno.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Orang melayu berjaya dlm menuntut kemerdekaan tetapi sayang berpecah dr sudut kesatuan umah. Inilah mainan dan perancangan yg telah disusun rapi oleh DAP/PAP. Cuma melayu termakan dengan mainan wayang. Masakan tidak, Singapura dng mudah jatuh ketangan bangsa yg paling rasis. Mana ada satu kerajaan dlm dunia ini dng begitu mudah melepaskan sebuah negeri kpd pendatang? Setiap inci tanah air akan dipertahankan hingga ketitisan darah terakhir. Namun kerana sifat kasih dan berperasangka baik bangsa melayu...inikah yg terpaksa ditanggung oleh generasi kini, sebahagianya mempertahankan dan sebahagian lagi memecahbelahkan atas nama agama dan kuasa politik.

    ReplyDelete

Labels