Followers

Tuesday 27 May 2014

PAS Mula Perjuangkan BANGSA


Tidak dapat di nafikan lagi hubungan yang telah terjalin di antara parti PAS dengan DAP kini sudah sampai ke tahap akad dan nikah.Jika sebelum ini banyak pihak yang mengaku bahawa hubungan itu hanyalah sekadar rakan politik kerana terdapat beberapa perkara dalam Pakatan Rakyat yang menjadi pertikaian di antara satu sama lain , kini semuanya sudah berubah.

Mungkin perubahan itu berlaku kerana pergeseran yang terjadi di antara pemimpin DAP dengan PAS akibat daripada cadangan untuk melaksanakan hudud yang kini telah di bakul sampahkan.Tidak dapat di pastikan sejauh mana PAS benar-benar berupaya untuk meneruskan niat mereka itu memandangkan terlalu banyak suara-suara dajjal dalam Pakatan Rakyat yang menempik cadangan yang telah di kemukakan.

Malahan tempikan itu berlarutan sehingga terdapat pemimpin DAP sendiri yang mahukan PAS supaya segera meninggalkan Pakatan Rakyat sekiranya masih berkeras dengan niat serta cadangan untuk melaksanakan undang-undang hudud.

PAS pula seperti yang di ketahui banyak pihak sering kali tunduk dan layu tatkala pemimpin-pemimpin DAP membuka mulut.Entah mengapa pemimpin PAS seolah-olah hilang jatidiri dan maruah apabila di lihat sanggup mencemar maruah sendiri sehingga cadangan yang sebelumnya begitu konsisten kini di lihat tak ubah sekadar angan-angan kosong.

Kini setelah banyak mata memberikan tumpuan kepada PRK Teluk Intan , PAS sekali lagi di lihat cuba mengambil hati tuannya dengan melancarkan slogan "PAS FOR ALL UNDI DYANA" khusus untuk menarik sokongan pengundi Melayu terhadap calon daripada DAP ini.

Seperkara yang harus kita perhatikan adalah slogan tersebut telah di lancarkan oleh Presiden PAS sendiri Hadi Awang dan pengumuman slogan tersebut di lakukan pada satu taklimat kepada jentera PAS di Markas Induk PAS PRK, Padang Tembak petang semalam.

"Saya minta setiap jentera kempen PRK kali ini menjalankan tugas tanpa was-was, bertugas dengan penuh semangat dan eratkan kerjasama.

"Bagi memastikan kerjasama kita dalam pilihan raya ini, PAS telah mengumumkan slogan 'PAS For All, Undi Dyana'," jelasnya.

Dengan pelancaran slogan tersebut dapatlah kita rumuskan bahawa inilah sebenarnya perjuangan PAS , PAS FOR ALL sememangnya untuk semua dan kerana untuk semua itulah PAS membuang jauh-jauh maruah perjuangan sendiri apabila turut berkempen untuk seorang calon DAP berbangsa Melayu Dyana Sofya yang secara terang-terangan menyokong perjuangan DAP menolak sebarang pelaksanaan undang-undang hudud.

Paling mengejutkan adalah kenyataan daripada Hadi Awang sendiri yang menjelaskan bahawa Dyana mempunyai peranan di dalam DAP yang akan membawa suara orang Melayu.

"Walaupun yang bertanding itu DAP tetapi calonnya adalah Melayu dan sebagai orang Melayu kita patut menangkan calon Melayu.

"Kita patut bincang soal calon, kalau DAP menang beliau yang akan bercakap bagi pihak kita. Suara beliau bukan hanya mewakili orang Cina tetapi juga suara orang Melayu," jelasnya.

Sedarkah kita bahawa PAS benar-benar telah berubah ?

PAS sebelum ini menyatakan bahawa perjuangan mereka bukanlah berasaskan kepada perjuangan bangsa tetapi kerana agama Islam.Namun kini kenyataan daripada Hadi Awang jelas menunjukkan sokongan yang di berikan PAS kepada DAP di Teluk Intan bukan sahaja atas kepentingan politik tetapi juga kerana bangsa MELAYU.

Soalnya kemana perginya perjuangan PAS yang sebenar ?

Portal rasmi PAS pernah mencatatkan kenyataan bertajuk "Memahami Asas Perjuangan PAS" dan antara kenyataannya adalah seperti berikut..

"Terdapat sebahagian ahli PAS dan orang ramai yang keliru dengan penubuhan Parti Islam SeMalaysia. PAS bukan ditubuhkan kerana didorong oleh tuntutan politik tanah air. PAS bukan ditubuhkan kerana tidak puas hati dengan kepincangan yang berlaku di dalam Umno. PAS juga bukan ditubuhkan kerana kehendak individu pemimpin tertentu."

"PAS telah ditubuhkan atas tuntutan Islam"

PAS FOR ALL ?

Apa yang sedang di perjuangkan oleh PAS ?

Komen MMI , PAS sejak dulu tidak pernah konsisten dengan perjuangan sendiri .. Di sebabkan nafsu politik dan ketaksuban untuk berkuasa maka pelbagai cara di gunakan untuk menghalalkan cara.Kenal sangat dah !!!

sumber utaranews.com 

1 comment:

  1. iklan:

    “i support all effort to protect of the security of Isreal”

    mari sokong dyana DAP dgn slogan
    “Islam Nation?? over my dead body!”

    mari ahli Pas meyokong dyana dgn slogan
    "hudud tangguh demi laluan calon DAP (over my dead body)"

    ahli PKR mari meyokong dyana dgn slogan
    "kebebasan beragama utk muslim"

    ReplyDelete

Labels