Followers

Wednesday 28 May 2014

Selepas RAYER Kini RAMASAMY Pun Nak Tumpang GLAMOUR


Tindakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengemukakan bukti kukuh bahawa tiga rakyat asing yang ditahan Ahad lepas adalah anggota pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) sangat mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya kesetiaan terhadap negara.

Bernama melaporkan Ramasamy mempertikaikan tangkapan tersebut kerana menurut beliau, kumpulan pengganas LTTE telah lama berkubur dan ketiga-tiga rakyat asing yang ditahan itu mempunyai kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) untuk menetap di negara ini serta mengelak daripada diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

“Bagaimana beliau (Khalid) boleh kata bahawa LTTE wujud, polis Malaysia ini tidak membuat kajian langsung, mereka ambil tindakan apabila mereka terima maklumat daripada pihak Sri Lanka… ini adalah pelarian Tamil.

“Saya cabar ketua polis negara sekiranya beliau ada bukti, kemukakan dan saya sedia berdebat dengannya… jangan dengan mudah menahan pelarian Tamil yang perlukan perlindungan,” dakwanya dalam sidang akhbar di George Town hari ini.

Ramasamy mengadakan sidang akhbar itu khusus mengenai penahanan tiga rakyat asing yang disyaki anggota kumpulan pengganas LTTE dalam beberapa serbuan di Petaling Jaya dan Klang, Selangor pada 15 Mei lepas.

Khalid dalam kenyataannya sebelum ini berkata suspek menyusup masuk ke Malaysia sejak 2004 dan menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebarkan propaganda selain berusaha mengaktifkan semula aktiviti kumpulan LTTE khususnya di peringkat antarabangsa...kredit mymassa

Ramasamy dalam persoalannya bertanya bagaimana Khalid boleh kata LTTE wujud ? 

Ehh Alo Ramasamy itu kerja Polis diaorang tau lah apa yang diorang buat..Kalau MMI tanya confirm ker puak komunis dah tak ada di Malaysia ni ? Agak-agak Ramasamy nak jawab apa ?? 

Nak suruh Polis siasat ker atau nak nafi terus ?

Apa yang puak-puak DAP ni cuba buat ? Sambung di artikel seterusnya..

MMI

1 comment:

  1. Keling ngokngak ni memang mengada...

    ReplyDelete

Labels