Followers

Friday 9 May 2014

Senator DAP Anggap UiTM Universiti KOMUNIS !!


Seorang Senator DAP, iaitu Professor Dr. Ariffin Omar telah menuduh UiTM sebagai menyalahguna kebebasan bersuara dengan menganjurkan Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara yang dianggapnya tidak waras dan berbentuk ‘membancuh otak’ seperti komunis.

Prof. Ariffin menyelar seminar tersebut sebagai memfitnah Kristian sebagai cuba menyesatkan umat Islam. Beliau juga turut menafikan fakta sejarah mengenai kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu. Nampaknya begitu yakin dan bersemangat meletakkan kaum Cina dan agama Kristian mengatasi kaum dan agamanya sendiri.

Soalnya, siapakah Prof. Ariffin untuk menafikan sejarah yang telah dirakam dan dibukukan  bukan sahaja oleh pihak yang mewakili kerajaan Melayu di rantau ini, tetapi juga seluruh pengkaji sejarah dunia?

Sedangkan rakan-rakan Cina penulis yang lebih rasional juga tidak pernah menafikan bahawa nenek moyang mereka adalah pendatang. Mereka juga tidak punya masalah untuk mengakui hakikat bahawa nenek moyang mereka tiba di sini bukan sebagai ‘orang senang’ tetapi sebagai buruh kasar.

Mereka tiba di Tanah Melayu dengan membawa harapan untuk membina kehidupan yang lebih baik dan selamat sementara menantikan keadaan pulih di negara mereka.Ini kerana kehidupan mereka di Tanah Besar begitu terhimpit di bawah pemerintahan komunis dan semakin tersiksa akibat peperangan dengan Jepun.

Nenek moyang kaum Cina tidak berniat untuk duduk kekal di sini. Namun , keselesaan hidup dan kemudahan yang didapati dari kebaikan bangsa Melayu menyebabkan mereka enggan pulang.Justeru, mereka memohon kerakyatan melalui British, yang menjajah Malaya ketika itu.

Pastinya permohonan tersebut ditentang hebat oleh orang-orang Melayu.

Apatah lagi dalam keadaan di mana British sengaja memberi lebih peluang kepada pendatang dan menutup peluang pendidikan terhadap orang-orang Melayu bagi memastikan orang-orang Melayu tidak mampu bangkit dan menentang penjajahan.Akibatnya , kaum pendatang semakin berjaya dan semakin kuat , sementara orang-orang Melayu pula hanya mampu menjadi kuli atau ‘peon’ sahaja, selain petani.

Bagaimanapun , dalam usaha orang-orang Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan, akhirnya , satu jalan tengah telah terpaksa diambil bagi mengelak pertumpahan darah.Maka satu perjanjian telah dibuat dengan kaum pendatang agar menumpahkan taat setia kepada Raja dan Negara ini untuk mendapat hak warganegara.

Kaum pendatang kemudian meyakinkan orang-orang Melayu bahawa mereka tidak bercadang untuk lama di sini dan sebaliknya menyimpan niat untuk kembali ke negara asal apabila keadaan di sana pulih.Sebagai persediaan untuk anak-anak mereka kembali ke negara asal, mereka menuntut hak untuk mengamalkan bahasa, budaya dan agama masing-masing serta mempunyai sekolah untuk kaum masing-masing.

Bertitik tolak dari situ, kaum pendatang akhirnya diberikan kerakyatan secara besar-besaran.Malangnya, mereka tidak pula kembali ke negara asal sepertimana yang dijanjikan.Sebaliknya mereka terus berada di sini dan terus enggan berasimilasi dengan penduduk asal.Malah dari hari ke sehari mereka semakin jauh dan semakin bongkak hatta ingin menukar sejarah pula.

Prof. Ariffin boleh menafikan sejarah ini demi kasihnya kepada kaum pendatang, namun ia tidak bermakna yang sejarah boleh ditukar.

13 Mei telah berlaku dan apa pun yang diperkatakan tidak mampu mengubah hakikat bahawa ia berlaku akibat sifat bongkak kaum Cina yang keterlaluan.

Sekiranya kaum Cina tidak bongkak dan bersedia berasimilasi dengan penduduk asal negara ini, maka Universiti seperti UiTM tentu tidak akan wujud pun.Namun oleh kerana kaum Cina begitu rasis dan chauvinis, maka hak-hak bumiputera terpaksa digariskan dengan jelas bagi mengelak dari ditindas.

Prof. Ariffin bukan seorang pendatang Cina dan beliau pastinya tidak tahu bagaimana peritnya hidup di bawah pemerintahan komunis seperti nenek moyang sahabat-sahabat Cina DAPnya.Beliau mungkin benar-benar percaya bahawa UiTM adalah sebuah universiti ala komunis tetapi, sahabat-sahabat Cina DAPnya tahu bahawa itu tidak benar sama sekali. Malah, sahabat-sahabatnya itu kini sedang menggeleng-gelengkan kepala sambil ketawa melihat kebodohan seorang Profesor Melayu membantu mereka menentang bangsanya sendiri.sumber 

MMI

2 comments:

  1. Didalam apa sahaja bentuk penjajahan akan sentiasa diujudkan bidik yg boleh dikorbankan. Dalam konteks senator ini, dia tidak lebih sebagai bidik, digerakkan oleh pemain. Dan ada lagi satu bidik yg ternama...tetapi menyangkakan dialah raja. Malangnya raja ini sentiasa merasa dia dizalimi! Tetapi raja juga digerakkan oleh pemain...malangnya raja itu sebenarnya bukan raja mahupun satria tetapi bidik jugalah akhirnya. Malangnya bidik2 ni, sangkanya org bertepuk kerana ianya hebat, tidak sedar rupanya selangkah dua, riwayat setakat itu sahaja...

    ReplyDelete
  2. Kalau lah saya mempunyai ijazah seumpama melayu bangang ni, saya rasa saya rela menyerah atau membakar ijazah tersebut sebab malu kepada nama sendiri ..Profesor Dr Arifin...melayu macam ini patut mampus saja..

    ReplyDelete

Labels