Followers

Monday 23 June 2014

Akibat VIRUS , KHALID Kini Benar-Benar TERTEKAN !!


Kekalutan politik PKR di bumi Selangor kini semakin buntu apabila cakap-cakap bahawa kedudukan Menteri Besar , Khalid Ibrahim yang tidak disenangi oleh kem PKR sendiri mula menjadi nanah yang semakin membusuk.

Selama mana bau busuk itu mampu dilindungi daripada orang ramai kerana tidak ada mana-mana pihak sekalipun mampu menghilangkannya melainkan nanah tersebut cepat-cepat dibuang.

Namun mungkin kerana sesetengahnya masih lagi mengharapkan ia mampu dipulihkan maka kesannya kini sudah merebak kepada pihak-pihak lain.

Apa yang bermula sebagai satu penyakit kini sudah merebak menjadi virus sehingga memaksa pihak lain tampil memberikan penjelasan yang pada pandangan MMI menjadi bukti betapa virus ini semakin membahayakan.

Salah satu cara dan kaedah terbaru dalam merawat virus ini adalah percubaan sahabat PKR daripada PAS yang kini mula memainkan peranan dengan membawa kemelut ini kepada rakyat.

Pandai pula serahkan pada rakyatkan ??
Ketika ada pemimpin pakatan rakyat di Selangor sedang ghairah bercakap mahu menurunkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kerusi Menteri  Besar, PAS negeri berpendapat suara rakyat perlu diambil kira jika mahu berbuat demikian.
Dalam kenyataan ketika wujud suara-suara daripada PKR, DAP dan PAS negeri mahu Khalid diganti, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad menegaskan sebarang perubahan besar termasuk membabitkan pertukaran Khalid juga perlu mendapat “restu” rakyat.
Beliau memberi amaran jika rakyat tidak merestui pertukaran itu maka kesannya akan diterima oleh PR pada PRU akan datang.
“Pada PRU, parti-parti politik turun merayu kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan.
“Oleh itu, adalah wajar di saat-saat seperti ini pandangan rakyat juga perlu diperoleh,” katanya yang juga exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar.Baca Seterusnya 
Sesuatu yang pasti adalah mereka mula bercakap soal "RESTU RAKYAT" sedangkan hakikatnya apa yang berlaku di bumi Kajang sebelum ini "RAKYAT LANGSUNG TIDAK DILIBATKAN" !!

Hebat bukan ??

PKR + Anwar = VIRUS !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels