Followers

Friday 6 June 2014

Anwar Hanya Pandai BERBOHONG !


Anwar Ibrahim satu nama besar dalam dunia politik tanahair , menempa nama sebagai seorang pemimpin yang bermula daripada akar umbi seterusnya di angkat sehingga menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia satu ketika dulu.

Namun seperti biasa manusia tidak sempurna dan kerana itu sebahagiannya sering kali tersesat akibat nafsu dan kuasa.

Begitu juga halnya dengan Anwar Ibrahim , beliau bukan sahaja sudah berada dikedudukan tertinggi dalam hiraki politik negara tetapi di pecat akibat kerakusannya terhadap nikmat pemberian tuhan.

Disebabkan itu Anwar menjadikan rakyat sebagai perisai dalam misinya menakluk Malaysia dengan penubuhan parti PKR.

Namun tanpa niat yang ikhlas sudah barang pasti pelbagai masalah akan ditempuhi menandakan bahawa ada yang tidak redha dengan perjuangan songsang tersebut.

Kini apa yang di sebut sebagai masalah muncul lagi ! 

Akibat tidak memberi respon kepada bantahan yang dikemukakan oleh calon bertanding dalam pemilihan PKR , Anwar Ibrahim telah di anggap sebagai tidak mampu menjaga parti yang di tubuhkan oleh beliau sendiri.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang , Aminah Abdullah mendedahkan keputusan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti itu yang tidak akan mengadakan pemilihan semula bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sungai Petani walaupun di bantah oleh calon menunjukkan parti itu tidak mendengar suara akar umbi.

"Anwar selaku pemimpin berpengaruh dalam parti berkenaan seharusnya mampu menghentikan kekecohan yang berlaku selain beberapa keputusan yang diputuskan JPP begitu meragukan.

"PKR sudah 15 tahun ditubuhkan dan sepatutnya sudah matang menghadapi proses pemilihan tetapi malangnya mereka gagal untuk laksanakan dengan baik. Kekecohan yang berlaku ketika pemilihan pada 2010 berulang lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar mungkin melihat isu ini sebagai perkara remeh yang tidak perlu di layan namun bagi rakyat kebanyakkannya tindakan ini jelas menafikan hak ahli parti sendiri.Malahan banyak mata kini terarah kepada siri pemilihan yang berlaku dalam PKR memandangkan ianya tidaklah seperti mana yang di war-warkan sebelumnya sebagai parti yang paling ADIL dalam negara.

Seperkara yang rakyat harus tahu adalah Anwar bukan sahaja GAGAL menguruskan parti sendiri tetapi juga GAGAL untuk menempatkan dirinya setanding dengan pemimpin-pemimpin utama negara kerana sikap dan nafsu dendamnya jauh mengatasi kewarasannya sebagai seorang pemimpin.

Anwar hanya pandai BERBOHONG ! 


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels