Followers

Sunday, 8 June 2014

Apa Benar Sabah & Sarawak Akan Keluar Dari MALAYSIA ??


Sebelum Akta Keselamatan Dalam Negeri dihapuskan, suara-suara sumbang yang mahu mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Persekutuan Malaysia, agak kurang kedengaran. Sebabnya ialah beberapa orang pemimpin dari Sabah dan Sarawak yang kecewa kerana gagal mendapat sokongan rakyat menerusi sistem Pilihanraya Parlimen Berperlembagaan Malaysia yang kemudian melancarkan usaha secara senyap-senyap mempengaruhi dan menghasut rakyat Sabah dan Sarawak untuk memberontak, dimasukkan ke dalam tahanan ISA.

Malah sebelum ISA dihapuskan, hampir kesemua mereka yang cuba mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia merupakan pemimpin-pemimpin serpihan kedua-dua negeri tersebut. Namun selepas ISA dimansuhkan, semakin ramai pemimpin dari Semenanjung yang mahu mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia semata-mata untuk memastikan Pakatan Rakyat menang pada PRU dan merampas pentadbiran negara ini dari Barisan Nasional yang mendapat sokongan meluas di Sabah dan Sarawak.

Bagi yang kurang faham, Sabah dan Sarawak tidak seperti negeri-negeri lain di Semenanjung. Sebaliknya Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa tersendiri selaku gabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang terbentuk dari 9 buah negeri untuk membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Sebuah lagi negeri yang membentuk Malaysia iaitu Singapura telah dikeluarkan dari gabungan Persekutuan itu pada tahun 1965 kerana masalah perkauman.

Secara tidak langsung, Sabah dan Sarawak mempunyai pentadbiran dan keistimewaannya yang tersendiri, berbeza dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Kuasa-kuasa pada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan termaktub menerusi Perjanjian Malaysia 1963.

Selepas PRU-13, hasutan-hasutan agar rakyat Sabah dan Sarawak memilih untuk keluar dari Malaysia, telah dibuat secara giat. PKR menjadi perintis menerusi hasutan Perjanjian Malaysia yang kononnya telah dicabuli oleh Putrajaya. Beberapa isu turut dibangkitkan agar rakyat Sabah dan Sarawak mendesak kerajaan negeri masing-masing keluar dari gabungan Malaysia, terutama sekali membabitkan isu-isu royalti minyak serta tanah.

Mutakhir, sebuah NGO atas nama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM). Antara yang paling lantang bersuara adalah Jeffrey Kitingan, Yong Teck Lee, Lina So, Robert Pie dan Waytha Moorty Ponnusamy. (Rujuk Sini) dan Sini.

Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil tindakan keras terhadap golongan terbabit dan tidak bersikap sambil lewa dengan beranggapan, usaha-usaha mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia hanyalah perbuatan budak-budak nakal yang kecewa kerana tidak dipilih oleh rakyat.

Memang benar, dari satu segi, memang kelihatan usaha-usaha yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kecewa tersebut sebagai satu perbuatan terpisah dan terpinggir. Malahan mereka sendiri tidak mendapat sokongan daripada rakyat Sabah dan Sarawak. Namun umpama api yang marak membakar, bermula daripada percikan kecil api sahaja. Ditambah pula dengan campurtangan asing yang diketahui kuat menyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, semakin dibiarkan, perkara ini akan mendatangkan masalah yang lebih besar pada suatu hari nanti.

Kerajaan Malaysia perlu melayan golongan ini dengan sepantas serta dengan ketegasan. Mereka memang bijak memberikan seribu satu macam alasan sekaligus mengesahkan bahawa mereka akan sanggup melakukan apa-apa sahaja, termasuklah menjemput kuasa asing untuk memerangi Malaysia sepertimana yang dilakukan di Sabah pada Mac 2013 apabila lanun-lanun Sulu dijemput oleh pihak-pihak tertentu memerangi Malaysia, dengan objektif mengeluarkan Sabah dari Malaysia.

Ditambah dengan kewujudan kapal-kapal perang asing di perairan Laut China Selatan, sekaligus memberikan gambaran bahawa golongan kecil dan dilihat terpinggir itu sebenarnya mampu menyusun strategi yang lebih besar untuk meranapkan Malaysia.

Semoga Kerajaan Malaysia lebih peka dan lebih cepat bertindak. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, baru hendak bertindak! sumber 

MMI

9 comments:

  1. ignorekan je ..tak habis2....dh lama tahu dh..blogger baru nak tahu..? tgk fb ni plak..dh lama wujud..tp takde sebarang tindakan? https://www.facebook.com/SabahSarawak

    ReplyDelete
  2. FUCK off lah you... Bukan kerana hasutan dari mana2 parti politik. Malaya sudah lama menidas dan merompak hasil Bumi Negara Sarawak Sabah...!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuck off lah without the commonwealth and federation military support, Sarawak and Sabah can be independent states? Ganyang Malaysia launched by Soekarno not excluded Sarawak and Sabah will part of pinoy territory like the Mindanao.. and Sarawak become north Kalimantan..and use Rupiah which is the value is cheaper than toilet paper and the peso which is cheaper than tissue paper..

      Delete
  3. sabah lebih maju dari seberang cuba kita pikir kenapa sabah sarawak kurang di majukan klu dari pandangan saya sabah sarawak lebih dulu maju dari tanah seberang dan sabah sarawak mempunyai potensi utk maju.Dari segi pandangan yg mendalam pula sabah sarawak kurang di majukan disebab tanah seberang nak sabah sarawak bergantung dari mereka jika sabah sarawak maju kita tidak akan bergantung dari tanah seberang di sebabkan memiliki potensi utk maju.contoh kekurangan yg paling ketara ialah jalan raya.fikir sendiri dan tanya diri sendiri apa yg ada di tanah seberang apa yg kurang di tempat lahir kita sendiri.

    ReplyDelete
  4. fuck off no politic in sskm..buta mata dan fikiran kenapa sabah sarawak nak keluar dari persekutuan malaysia..negara malaysia bukan negara islam..malaysia adlah persekutuan tiga negara..bodoh punya blog..

    ReplyDelete
  5. I think commenting and babbling on the internet does not contribute to any of yr causes guys.If you want mlya to be more united with the Bornean states,then do something to contribute to that.if you want bornean states of ss to secede,well then get some more knowledge and spread some proper facts and propaganda.

    ReplyDelete
  6. Sarawak dan Sabah xmaju krn pemimpin tempatan yg songlap byk duit cuba tanya bekas Ketua Mentari Sarawak yg became Gabenor skrng...Kemerdekaan Sarawak dan Sabah yg diberi British atas nama persekutuan Malaysia dan selagi perjanjian itu tidak diengkar maka tidak blh menuntut keluar dari persekutuan...Siapakah yg membantu mempertahankan Sarawak semasa kempen ganyang Malaysia dari Seokarno?jika tiada tentera komanwel, tentera persekutuan mempertahankan Sarawak dan Sabah...Sabah menjadi wilayah jajahan pinoy spt mindanao dan sarawak menjadi jajahan Indonesia ...

    ReplyDelete
  7. Macam mana pun, tanpa hasil bumi dari Sabah dan Sarawak, Semenanjung tidak akan maju. Sabah Sarawak boleh maju sendiri tanpa Malaysia. Long Live Borneo !!!

    ReplyDelete

Labels