Followers

Friday 20 June 2014

Bila Harimau BALING Hilang Sabar !! TERBAIK @azeezputera


Selama ini beliau antara pemimpin dan Ahli Parlimen yang banyak melakukan kerja-kerja amal selain daripada yang pertama turun padang di kala rakyat di timpa musibah.Jarang sekali kita dengar beliau menyerang mana-mana individu lain secara agresif , kalau ada pun setakat mengeluarkan kenyataan dan memberikan teguran.

Tapi kali ini pemimpin anak Baling ini tidak lagi mampu menahan sabar apabila puak-puak pendatang yang tak sedar di untung ni main bedal sesuka hati mencemuh mana-mana pihak yang mereka suka.

Sekali tengok macam hebat sangat puak DAP ni tapi pukulan anak Baling ni bukan setakat dalam dewan kat luar pun dia cari dan bagi nasihatttttttt..Haha ampa baca kat bawah ni ..
Tindakan ahli parlimen DAP Kota Kinabalu Jimmy Wong menuduh UMNO menerima wang haram mencetus ketegangan di Dewan Rakyat petang Rabu apabila beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) mengecam kenyataannya itu.
Paling lantang ahli parlimen  Baling Datuk Seri Azeez Rahim yang marah kerana Jimmy mengaitkan UMNO bukannya menumpukan tuduhan tersebut kepada pihak terbabit.
Jimmy sebelum itu  membahaskan Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan 2013) apabila menuduh UMNO menerima wang haram.
Beliau mengaitkan pemberian wang haram itu oleh  ahli parniagaan Michael Chia dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Wang itu kemudiannya dikatakan sebagai sumbangan kepada UMNO Sabah.
Ahli parlimen DAP itu seterusnya mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO menghentikan politik wang kepada rakyat Sabah.
Katanya, jika  gagal memberi penjelasan tentang wang haram itu, ini bermakna UMNO adalah parti haram kerana menggunakan wang haram.
Kenyataan beliau segera di sanggah Azeez dan ahli parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan meminta Jimmy menarik balik kenyataannya itu.
Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee turut menegur Jimmy supaya mengajukan soalan yang akan dijawab oleh kerajaan bukannya UMNO.
Bagaimanapun, Jimmy masih mengulangi tuduhan sama dengan menyatakan, jika kerajaan gagal memberi penjelasan, bermakna BN adalah parti itu.
Kenyataan berbelit-belit oleh beliau menimbulkan kemarahan ahli-ahli parlimen BN dan Azeez bangun meminta laluan lalu membidas kenyataan Jimmy.
Walaupun tidak diberikan laluan, Pengerusi Tabung Haji itu terus mengecam Jimmy dan menggelarnya sebagai ‘apek’.
“Saya tunggu lama…ini bukan parlimen China, (Jimmy) sesuka hati cakap  BN, UMNO (haram). Kalau nak hujah, hujah betul-betul. Jangan cabar BN, kalau cabar, susah nanti,” tegur Azeez.
Beliau menyifatkan tuduhan Jimmy melampau selain berhujah dengan kenyataan tidak difahami ahli-ahli Dewan.
Ahli parlimen DAP Siputeh, Teresa Kok bangun mencelah cuba bantu Jimmy tetapi turut dibidas oleh ahli-ahli parlimen BN.
“Lu cakap serupa apek,” kata Azeez kepada ahli parlimen Kota Kinabalu itu.
Dalam masa sama kedengaran ahli-ahli parlimen menjerit mendakwa DAP lagi haram dan menggunakan wang haram.
Azeez kemudian meminta timbalan speaker mengarahkan Jimmy duduk kerana berterusan mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi.
Ronald kemudian mengingatkan Jimmy jangan membuat kenyataan politik dalam Dewan serta tidak berterusan menuduh UMNO.
Azeez yang masih tidak berpuashati terus mengecam Jimmy kerana terus masih mengaitkan UMNO dalam hujahnya
“UMNO parti keramat tau ..UMNO tak kacau orang,” katanya.
Sementara itu, di luar Dewan selepas selesai berhujah, Jimmy yang berada di bilik rehat ahli-ahli parlimen ditegur oleh Shahidan dan Azeez ekoran kenyataannya ketika perbahasan.
Kedua-dua mereka percaya  Jimmy hanya membawa teks perbahasan yang disediakan pihak lain.
Ikutan rakaman perdebatan ahli parlimen Kota Kinabalu dengan ahli-ahli parlimen BN ekoran tuduhan beliau bahawa UMNO dan BN terima wang haram.sumber bnbbc


Memang patut pun puak-puak ni dinasihatkan sebab makin kurang ajaq !!

MMI

3 comments:

  1. memang betul pun UMNO mkan duit haram. kaut untuk anak beranak kroni diorang...dah la mamak...bajet buat kerja amal tu ikhlas la... nak nama je tu...skang dh jadi pengerusi plak...untung la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko yakin rezeki yg ko dpt selama ni confirm halal... x payah nak tuduh2... jaga diri sendiri dulu... kalau ko kaya sbb itu usaha ko sendiri.. kalau org lain kaya sbb rasuah dan makan duit haram.... rezeki yg kita cari dan dapat urusan kita dgn Yang Maha Esa... jgn cuma suka dan pandai ckp...

      Delete
  2. Dlm dewan berani laa.... cuba ulang kat luar dewan....

    Sebijik mcm pondan gay anwar brahim....

    Gunakan immuniti parlimen sebagai platform fitnah...

    ReplyDelete

Labels