Followers

Monday 9 June 2014

Bila PEGUAM Bersuara Tentang Majlis PEGUAM Yang Tak Berapa Cukup Akal Tu !!


Seorang pengamal undang-undang, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mencadangkan agar Majlis Peguam Malaysia dihadkan kuasanya oleh Parlimen serta akta Legal Profesion Act yang memberikan kuasa penuh kepada badan tersebut perlu dipinda bagi memastikan badan berkanun tersebut tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan.

Menurut beliau, ini memandangkan Majlis Peguam hari ini tidak ubah seperti biro undang-undang pakatan pembangkang di mana menurut beliau, badan berkanun tersebut dilihat telah menyalahgunakan kuasa di atas nama Majlis Peguam untuk membuat kenyataan yang pro kepada pihak pembangkang.

“Menghadkan kuasa badan Majlis Peguam ini penting bagi memastikan badan tersebut lebih adil dan tidak hipokrit dalam membuat kenyataan berhubung undang-undang di negara ini dan tidak hanya menyebelahi satu pihak saja.

“Biarpun secara undang-undang Majlis Peguam mewakili lebih 14,500 peguam yang ada di negara ini namun secara moralnya, mereka hanya mewakili lebih 2000 peguam, di mana itu merupakan jumlah peguam yang terlibat dalam proses pemilihan ahli jawatankuasa majlis peguam semenjak 10 tahun yang lalu,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong  yang menggesa ‎Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan saman fitnah ke atas portal berita Malaysiakini baru-baru ini.

Selain itu, Azam yang pernah bertindak menyaman Majlis Peguam tersebut kerana tidak berpuas hati dengan sistem EGM badan tersebut, turut mencadangkan agar diwujudkan sebuah badan berasingan sebagai satu tempat rujukan check and balance  bagi peguam-peguam di negara ini meluahkan rasa tidak puas hati dan sebagainya.

“Hari ini kalau kita (peguam) mahu mengadu, kita terpaksa juga mengadu kepada Majlis Peguam melalui Disciplinary Board kerana semua kuasa telah diberikan oleh parlimen kepada  mereka.  Tetapi masalahnya  yang menduduki Disciplinary Board itu adalah terdiri dari orang-orang mereka juga. Jadi, pi mai pi mai tang tu juga.

“Sebab itu, saya cadangkan agar diwujudkan satu badan atau jawatakuasa di luar badan tersebut agar segala aduan dari peguam di seluruh negara dapat dipertimbangkan dengan adil. Badan tersebut mungkin boleh diketuai oleh Peguam Negara misalnya.

“ Jika diwujudkan badan yang berasingan sebagai tempat rujukan dan aduan, saya yakin ramai peguam akan membuat aduan berikutan timbul rasa tidak puas hati terhadap pelbagai perkara,” tegasnya..mediaumno

MMI menyokong penuh saranan peguam ni dan ini juga merupakan bukti bahawa Majlis Peguam bukan membawa suara peguam-peguam di Malaysia secara total.

Berkenaan si Christopher tu pula MMI cadangkan desak supaya dia letak jawatan sebab dah memalukan para peguam di Malaysia.

Baca artikel berkaitan di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels