Followers

Thursday 5 June 2014

CELAKA Ni Nak Salahkan POLIS Juga ??


Susulan kejadian rogol di Kelantan yang melibatkan 38 orang lelaki merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun , DAP hari ini menggesa pihak Polis supaya lebih tegas di dalam mengambil tindakan.

Jurucakap DAP yang juga ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin , mahu pihak Polis jangan mabil mudah dengan keselamatan wanita dan kanak-kanak yang di dakwa kian memuncak di dalan negara pada ketika ini.

“Kami sangat berdukacita dengan berita 20 Mei ini. Kes yang begitu tragis ini telah menimbulkan gerun wanita Malaysia yang mungkin pernah melalui pengalaman keganasan serupa.

“Pihak berkuasa mesti melakukan segala yang mampu untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Insiden tersebut jelas merupakan isyarat supaya pihak berkuasa segera menangani keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita yang kian memuncak di negara kita,” katanya dalam kenyataan.

Seperkara yang harus rakyat mahupun Yeo Bee Yin tahu adalah kejadian jenayah yang berlaku di seluruh negara sememangnya menjadi fokus utama kepada pasukan Polis.Malahan kebanyakkan kes-kes yag berlaku dapat di selesaikan melalui operasi dan tindakan pantas daripada pihak Polis.

Tidak ada mana-mana pihak dalam negara yang mahu melihat kegiatan jenayah berleluasa kerana ia melibatkan kepentingan awam malahan juga negara.

Namun menyalahkan pihak Polis semata-mata merupakan tindakan yang tidak wajar kerana rakyat juga secara tidak langsung harus memikul tanggungjawab bersama.Kewujudan rakan cop dan kerjasama pihak Polis dalam menubuhkan pasukan peronda sukarela di kebanyakkan kawasan khususnya melibatkan perumahan antara tindakan awal pihak Polis menangani kegiatan jenayah.

Dalam masa yang sama penubuhan unit ronda yang terdiri daripada pasukan Polis dan sukarelawan Polis yang melalukan rondaan menggunakan motorsikal di kawasan-kawasan kejiranan juga merupakan salah satu kaedah pihak Polis untuk memberikan keyakinan kepada rakyat dengan kehadiran pasukan mereka.

Pengenalan Program Transformasi Kerajaan (GTP) juga sebenarnya memberikan penekanan kepada pengurangan aktiviti jenayah dalam negara.Dalam laporan yang di bentangkan baru-baru ini , Putrajaya berkata Ops Cantas yang diperkenalkan berjaya mengurangkan kadar jenayah 6.23%.

Kes jenayah yang dicatatkan sepanjang tempoh April hingga Ogos 2013 adalah 52,320 kes tetapi selepas 116 hari Ops Cantas diperkenalkan pada Ogos hingga Disember 2013, ia berjaya menurunkan kadar jenayah kepada 49, 059 kes.

Jenayah ganas berjaya diturunkan 11.85% sepanjang tempoh tersebut daripada 13,710 kepada 12,085 kes.
Jenayah hartanah berjaya diturunkan kepada 4.24% daripada 38,610 kepada 36,974 kes.

Tahun lalu, jenayah tembak secara terbuka mendapat perhatian umum dan media, antaranya pembunuhan pengasas Arab-Malaysian Development Bank Hussain Ahmad Najadi, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim dan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), MyWatch, R Sri Sanjeevan.

Selain pengenalan operasi besar-besaran tersebut, Putrajaya juga mengembalikan undang- undang lebih ketat apabila meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan menyerupai ISA tahun lalu.

Semua pihak sebenarnya sedar bahawa kegiatan jenayah akan terus berlaku , tidak ada mana-mana negara di dunia yang bebas jenayah namun usaha sebenarnya telah di lakukan oleh pihak Polis dan kerajaan bagi membendung selain daripada mengurangkannya kepada kadar yang serendah mungkin.

Untuk itu usaha perlu di lakukan oleh semua pihak bukan dengan menyalahkan pihak Polis dan kerajaan semata-mata tetapi komitmen khususnya parti-parti politik seperti DAP harus turut sama memikul tanggungjawab ini.

Anjurkan program-program melibatkan keselamatan dan kesedaran tentang jenayah kepada rakyat , rasanya pihak Polis akan sentiasa memberikan kerjasama.

Pembangkang sering kali menuding jari kepada pihak lain sedangkan hakikatnya mereka sendiri banyak bercakap daripada membantu pihak Polis menangani kegiatan jenayah dalam negara.sumber 

Komen MMI mudah bro , puak-puak ni bercakap ja pandai .. kalau bab lain habis semua polis di tuduh macam-macam tapi bila kena dekat batang hidung macam isu rempuhan di Pulau Pinang ari tu POLIS juga depa cari.

Ingat Polis ni anjing korang ker ? Kamjat !!!!

MMI

1 comment:

  1. Tolong tanya dia peguam2 DAP dok buat apa. Semua depa jadi peguam kepada penjenayah!

    ReplyDelete

Labels