Followers

Saturday 14 June 2014

"Damn Arrogant Party" Naib Presiden PCM BIDAS DAP @Huan2U


Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan menasihatkan DAP untuk menerima kekalahan mereka dalam mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan baru-baru ini, bukannya menuding jadi kepada orang lain terhadap kekalahan tersebut.

“Saya nak kata pada mereka, kalau sudah kalah, kalahlah. Nak buat apa nak mempersalahkan orang lain, mula-mula salahkan calon mereka, Dyana kerana dia Melayu.

“Kemudian mereka salahkan Pas kerana perjuangan hudud, salahkan pengundi Cina dan India tak undi mereka (DAP), semua nak salahkan orang. Mereka kena lihat diri sendiri dulu, mereka yang tak betul,” ujarnya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Tambahnya, tindakan DAP ini membuktikan bahawa mereka parti yang angkuh, sombong, bongkak selain membuktikan bahawa kononnya merekalah parti yang mendominasi pakatan pembangkang.

“Jika kita lihat, parti DAP itu bermaksud ‘Damn Arrogant Party’. Memang angkuh, sombong, selain jelas menunjukkan parti itu didominasi oleh pemimpin yang angkuh dan sombong,” tambahnya mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Gobind Singh Deo melalui laman sosial Facebooknya menyifatkan ketegasan Pas yang berkeras mahu melaksanakan hudud di Kelantan sebagai faktor yang mendorong kepada kekalahan Dyana Sofya di Parlimen Teluk Intan.umnoonline

Baca artikel berkaitan di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels