Followers

Friday 13 June 2014

DAP Main WAYANG Dengan NIK AZIZ !!


Apa yang boleh dirungkaikan dalam pertemuan di antara Lim Kit Siang , Dyana Sofya dan rombongan DAP bersama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini adalah ia merupakan satu pertemuan politik yang hanya menjadi gimik kepada perpecahan yang kini wujud dalam Pakatan Rakyat.

Tidak ada penyelesaian sebenarnya kerana kedua-dua pihak termasuklah Dyana Sofya sendiri masih lagi dengan ideologi songsang parti DAP yang telah memerangkap Nik Aziz dan PAS untuk dijadikan sebagai bahan kempen kononnya isu pertikaian tentang kenyataan Gobind sewaktu mengulas punca kekalahan DAP di Teluk Intan dengan menyatakan hudud adalah salah satu faktor penyebab kepada kekalahan itu selesai.

Malahan DAP sudah pun menjadikan pertemuan itu sebagai kunci untuk meredakan ketegangan yang berlaku di antara pemimpin dan penyokong kedua-dua parti berikutan kenyataan Gobind tersebut.

Walaupun bagi sesetengah pihak ia sudah dianggap selesai tetapi secara umumnya insiden ini sebenarnya dicetuskan oleh Gobind sendiri dan ianya bukan dibuat-buat kerana media pro-pembangkang sendiri yang melaporkan kenyataan Gobind.


Berdasarkan penjelasan Lim Kit Siang kepada Nik Aziz , jelas dapat di lihat DAP cuba menyembunyikan perkara yang sebenar apabila hanya menyebut tentang sokongan Gobind terhadap jentera PAS yang telah bertungkus-lumus membantu kempen DAP di Teluk Intan.

Malah Kit Siang cuba mengaburi mata Nik Aziz dengan menyatakan bahawa Gobind sebenarnya mahu mengucapkan terima kasih beliau kepada PAS tetapi pihak media telah memutar-belitkan kenyataan daripada Gobind.

Sesuatu yang aneh di sini adalah kenyataan di atas dikeluarkan oleh media pro-pembangkang sendiri dan Roketkini.com merupakan saluran media parti DAP.

Bagaimana Kit Siang boleh pula menafikan kenyataan tersebut ?

Secara tidak langsung Kit Siang juga telah memperakui bahawa Rokerkini.com merupakan media yang telah memutar-belitkan kenyataan pemimpin DAP sendiri.Oleh yang demikian rasanya Kit Siang mahupun Gobind sendiri perlu menyaman Roketkini.com kerana kebiadapan mereka.

Dalam masa yang sama kunjungan bekas calon DAP di PRK Teluk Intan , Dyana Sofya ke pejabat Nik Aziz di Kompleks Kota Darulnaim , Mursyidul Am PAS itu membidas Dyana berkenaan penolakannya terhadap hudud yang mahu dibawa oleh PAS di Kelantan.

Nik Aziz berkata beliau tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dyana mengenai hudud semasa berkempen di pilihanraya kecil tersebut.

Bagaimana Dyana boleh mengatakan sebagai orang Islam beliau tidak menolak hukum Allah itu namun sebagai ahli parti, beliau perlu menyokong pendirian parti dalam isu ini.

Tahukah Dyana apa pendirian parti DAP tentang hudud ?

Lim Kit Siang sendiri dalam pertemuan bersama Nik Aziz masih lagi mengungkapkan kenyataan yang sama berhubung pendirian DAP tentang hudud iaitu pendirian DAP masih tidak berubah iaitu tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum tersebut.

Sekiranya kenyataan Dyana dan kenyataan Kit Siang ini di ambil kira maka jelas Dyana sebenarnya menolak hudud dan sekali lagi menipu secara terang-terangan dan kali ini terhadap Nik Aziz sendiri.

Seperkara yang harus diperhatikan adalah ada laporan bahawa Lim Kit Siang menyatakan Nik Aziz menyambut baik dan memahami situasi sebenar yang berlaku.

Agak aneh kenyataan itu memandangkan Nik Aziz merupakan salah seorang ulama dalam parti PAS yang sebelum ini pernah mengulas tentang isu-isu berkaitan penolakan Islam oleh UMNO sehingga berlakunya isu UMNO dikafirkan.

Nik Aziz pernah mempersoalkan apabila UMNO buang Islam maka UMNO agama apa ? Sekiranya yang menolak itu adalah DAP maka itu perkara biasa memandangkan DAP bukan Islam !

Oleh yang demikian dalam isu pertemuan Dyana dengan Nik Aziz , bagaimana Nik Aziz boleh menyambut baik dan memahami pula situasi yang berlaku sedangkan Dyana secara terang-terangan sudah pun menyebut bahawa beliau perlu menyokong pendirian parti DAP walaupun mengaku tidak menolak hudud ?

Apakah benar Nik Aziz memahami situasi yang berlaku atau DAP sedang mempergunakan beliau ?

kredit utaranews.com 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels