Followers

Saturday 7 June 2014

Di Sebabkan 1 SAAT , ANWAR Di CABAR Jangan Bercakap Saja !!!


Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan pakatan pembangkang yang lain untuk menyertai tender terbuka Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) bagi  mencari pesawat MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui.

Menurut beliau, sebelum ini Anwar dan rakan-rakan pakatannya dilihat begitu lantang mendabik dada mendakwa sekiranya usaha mencari itu diketuai oleh mereka, pesawat tersebut pastinya akan ditemui dalam jangkamasa yang singkat.

“Anwar sebelum ini bukan main cakap besar lagi dalam wawancaranya dengan majalah Southern Weekly yang dimiliki Southern Media Group China, di mana katanya seperti yang ditertulis di dalam artikel tersebut, beliau hanya memerlukan waktu satu saat untuk menyelesaikan segala isu yang berbangkit

“Bukan itu saja, kata Anwar lagi,  kalau dia yang mencari pesawat tersebut, tidak sampai satu minit pesawat MH370 itu akan ditemui.  Begitu juga dengan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dari DAP yang berlagak mengatakan jika pemimpin DAP dilantik menjadi komandan angkatan udara dan angkatan tentera laut di negara ini, mereka sudah pasti mampu mencari pesawat yang hilang berkenaan.

“Hari ini saya cabar kedua-dua individu yang bercakap besar ini untuk masuk tender tersebut. Ikutlah cara mana sekalipun untuk sertai tender terbuka mencari pesawat MH370 itu. Jangan cakap aja berdegar-degar, tapi habuk pun tak ada. Kalau betul mereka ini begitu hebat, saya fikir mereka patut sahut cabaran saya ini,” demikian tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Semalam, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telahpun membuka tender bagi memperoleh perkhidmatan sebuah syarikat pakar untuk mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370.

Tambahnya lagi, sekiranya Anwar dan DAP tidak berani untuk menyertai tender tersebut, ternyatalah Ketua Pembangkang itu bersama sekutu rapatnya DAP merupakan individu dan sebuah parti yang  kaki temberang dan hanya tahu bercakap besar sahaja.

“Anwar dan DAP patut sahut cabaran saya. Saya nak tengok Anwar dan DAP menyertai tender itu untuk mencari pesawat tersebut. Saya yakin, tidak sampai satu saat Anwar mampu selesaikan masalah itu. Tidak sampai seminit, pastinya pesawat itu ditemui semula.

“Bukankah ini baik untuk rakyat dan negara? Bukankah kelak jasa Anwar dan DAP akan dikenang bukan saja oleh rakyat di negara ini, malah di seluruh dunia? Ini satu peluang publisiti yang baik buat individu dan parti yang sanggup berbuat apa saja demi kepentingan politik mereka.

“Tapi kalau mereka diam, mereka buat tak tahu saja dengan cabaran saya, mereka mula berdolak dalih, ini bermakna mereka ini hanya tahu bercakap besar, berlagak hebat tapi tidak ada isi, macam tin kosong,” tegas beliau.

MMI

1 comment:

  1. apa lagi anwar buktikan siapa kamu, jangan terus menipu rakyat dengan sikap sombong kamu, rakyat mahu kamu buktikan, sudah banyak cakap sombong kamu yang rakyat mahu kamu buktikan, buktikan janjijanji kamu di permatang pauh, buktikan janji kamu di kajang, bukti kan janji janji kamu untuk Malaysia...if not you are just shit like your pakatan rakyat leaders..

    ReplyDelete

Labels