Followers

Wednesday 11 June 2014

Dia Ni PIKIAQ Dia Ja , LUMPOQ Di Muka Sendiri Pun Tak Nampak !!


Ketua Umum Keadilan , Anwar Ibrahim terus mempersoalkan pihak Polis Pulau Pinang yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap beberapa individu yang menceroboh bangunan Dewan Undangan Negeri sebelum ini.

Sambil menganggap tindakan beberapa individu tersebut sebagai kurang ajar , Anwar juga mendesak Menteri Dalam Negeri supaya menjalankan tugas dan tidak mengambil mudah perkara tersebut.

Dengan nada tegas Anwar berkata “Kita persoal bidang kuasa menteri dan jaminan itu kerana serangan segerombolan tertentu ini belum ada tindakan tegas daripada kerajaan.

“Saya ambil contoh umpamanya Ketua Polis Negara pada 23 Mei lalu memberi jaminan untuk mengambil tindakan tegas terhadap orang yang menceroboh DUN Pulau Pinang atas alasan demi kepentingan Melayu dan mempertahankan maruah Islam.

“Tetapi setelah Peguam Negara memberi jaminan begitu, tindakan itu tidak menampakkan apa-apa kesungguhan. Menceroboh DUN sepertimana menceroboh Parlimen, sedikit pun Speaker tidak mengambil tindakan tegas, sedangkan undang-undang harus dipatuhi tanpa mengira parti,” kata Anwar bertanyakan perkara itu kepada Timbalan Menteri KDN di Dewan Rakyat, semalam.

Sebelum itu isu rempuhan ke dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini turut di kecam oleh Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng apabila beliau mendesak pihak Polis supaya segera mengambil tindakan terhadap apa yang beliau gelarkan sebagai samseng UMNO dengan mengenakan tindakan penjara seumur hidup terhadap kumpulan terbabit.


Ekoran daripada itu , soalan daripada Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam telah di jawab oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri , Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dengan menyatakan dengan jelas dalam ucapan balasnya bahawa setiap dewan undangan negeri (DUN) yang bersidang perlu mempunyai peraturan dan undang-undang sendiri supaya tindakan boleh diambil jika berlaku sebarang insiden di dalam Dewan.

Beliau berkata setiap kali DUN bersidang perlu ada usul bagi meminta pihak polis menjaga keselamatan anggota DUN serta bagi memastikan persidangan berjalan lancar tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.

“Itulah yang sepatutnya  berlaku setiap kali berlangsung sidang dewan tidak kira Dewan Rakyat atau DUN, apabila ia dipersetujui oleh ahli dewan maka ia akan dikuatkuasakan.

“Jadi apa sahaja jaminan di luar asasnya adalah undang-undang, kalau dewan tidak ada undang-undang insiden menceroboh boleh berlaku bila-bila pun,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.Baca Sini 

Untuk rekod kumpulan yang menceroboh ke dalam DUN Pulau Pinang tempoh hari sudah pun di ambil keterangan dan kini ianya dalam peringkat siasatan.Tuduhan yang menyatakan bahawa pihak Polis tidak menjalankan tugas mereka sebenarnya tidak tepat.

Selain daripada penjelasan yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri , pihak Polis juga sebenarnya telah pun menjalankan tanggungjawab mereka sewaktu kejadian rempuhan tempoh hari.Tindakan pantas anggota Polis sewaktu kejadian bukan sahaja mampu mengawal keadaan tetapi juga berjaya menghalang perkara yang lebih serius daripada berlaku.

Dalam soal ini seharusnya semua pihak perlu memikirkan tentang punca dan mengapa insiden terbabit berlaku.Bukan dengan hanya menuding jari kepada pihak lain semata-mata sedangkan hakikat sebenar yang memulakan insiden ini adalah pemimpin daripada pihak pembangkang sendiri.

Sekiranya Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pihak Polis gagal dan tidak menjalankan tugas mereka maka samalah juga dengan isu kenyataan berbaur hasutan serta menghina yang dikeluarkan oleh Adun Seri Delima RSN Rayer sewaktu di dalam DUN mahupun di pentas ceramah sewaktu PRK Bukit Gelugor yang lalu.

Setelah puluhan laporan polis di buat oleh pihak Pemuda UMNO dan NGO-NGO di sleuruh negara , RSN Rayer masih lagi BEBAS ke sana ke mari seolah-olah tidak ada sebarang tindakan oleh pihak Polis terhadap laporan yang di buat.

Namun tidak pernah seorang pun pemimpin UMNO mahupun di pihak kerajaan atau mana-mana pemimpin NGO yang bangun mempertikaikan bidang tugas pasukan Polis kerana mereka tahu bahawa terdapat beberapa prosedur yang perlu di patuhi oleh pihak Polis dalam membuat siasatan.sumber 

MMI

3 comments:

  1. Anuar ni memang keturunan ANAK HARAM JADAH...biaq pi la dia naka kata apa puunnnn

    ReplyDelete
  2. Si Peliwat Tua tu gila glamer sahaja. Jangan layan apa pun yang dia kata. Negara lebih aman tanpa samseng macam dia.

    ReplyDelete
  3. kita orang sebagai pengundi atas pagar na tahu bilakah si anwar nak masok jel ni,kita orang dah meluat sangat ni jangan hilang kesabaran kita sudah lah.

    ReplyDelete

Labels