Followers

Monday 9 June 2014

Dr Afif HALAU , P.Ramasamy Kata OK ! Macam Mana Ni ??


Jika mengikut daripada apa yang dilaporkan ternyata rakyat Seberang Jaya ni jadi mangsa keadaan akibat kerakusan politik pemimpin pembangkang.Malah nasib mereka ni semacam bola , ditendang sana-sini akhirnya janji tinggal janji.

Mungkin bagi sesetengah pihak benda ni biasa tapi bagi rakyat marhain ia satu perkara paling besar dalam hidup mereka sebabnya melibatkan punca pendapatan.

Tak pastilah MMI kalau puak-puak pembangkang suka buat main-main dengan rakyat ?

Ada juga kawan bagitau biasalah sekarang dah ada jawatan dengan kuasa sebelum ni bukan main lagi siap merayu-rayu minta undi !

Seberang Jaya 9 Jun ~ Seorang pemilik pusat mencuci kereta di jalan Tenggiri hari ini mengadakan bantahan bersama-sama pekerjanya di depan tapak perniagaannya yang di beri nama PP Car Wash apabila Adun Seberang Jaya Dr Afif dilaporkan telah mengarahkan pemiliknya keluar dari tapak perniagaan tersebut.

Vigeneswaran a/l Arjunan berkata perniagaan yang dijalankan sejak 8 tahun lalu itu tidak pernah mendapat sebarang masalah sehinggalah kehadiran Dr Afif sebagai Adun Seberang Jaya.

Menurut beliau lagi perniagaan mencuci kereta itu dimulakan sejak Datuk Arif Shah menjadi Adun malahan semasa pimpinan beliau tidak pernah berlaku sebarang gangguan seperti mana yang berlaku hari ini.

Dalam masa yang sama beliau mendakwa kerajaan negeri tidak melayan permasalahan yang dikemukakannya sebelum ini sehinggalah beliau bertemu dan membawa masalah ini kepada Timbalan Ketua Menteri 2 , P.Ramasamy sendiri yang kemudiannya menghantar surat balasan menyatakan beliau boleh meneruskan perniagaan di situ.

Melihat kepada insiden ini seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena memandangkan terdapat campur tangan kerajaan negeri dan pemimpin kawasan.Dalam pada itu kelulusan yang diberikan oleh Timbalan Ketua Menteri 2 kepada Viganeswaran boleh dipertikaikan.

Atas peruntukan dan bidang kuasa apa Timbalan Ketua Menteri 2 memberikan kelulusan kepada Viganeswaran ?

Apakah Dr Afif selaku Adun Seberang Jaya tidak pernah dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Menteri 2 bahawa rungutan peniaga terbabit sudah pun diselesaikan oleh pihaknya ?

Atau berlaku karenah birokrasi melibatkan pimpinan dalam kerajaan negeri ? Seterusnya 

Teringat peribahasa orang lama-lama , habih madu sepah di buang !!

MMI

1 comment:

  1. Kalau kedai melayu confirm dah kena roboh , banyak bukti dah ada , bukan setakat kedai tapi rumah pun di robohkan

    ReplyDelete

Labels