Followers

Sunday 8 June 2014

IBRAHIM ALI Ingatkan NAJIB Supaya Hati-Hati


MMI setuju dengan saranan daripada Presiden PERKASA ni supaya Najib hati-hati dengan setiap cadangan kerana satu kesilapan ia akan meninggalkan impak yang cukup besar.Hari ini macam-macam hal berlaku malahan pihak-pihak yang mengaku pejuang keadilan dan hak rakyat pun di lihat berat sebelah.Semuanya kerana faktor politik dan kepentingan untuk berkuasa yang begitu menebal dalam hati sebahagiannya.

Sepanjang pemerhatian MMI , mereka bukan sahaja bertindak setakat itu tetapi sudah sampai ke tahap punya gerakan yang memperlihatkan sikap dendam terhadap kelebihan dan hak orang Melayu itu sendiri.Bayangkan perlembagaan negara serta kontrak sosial langsung tidak di hormati.

Rasanya mereka sudah punya niat untuk mengusir orang Melayu sekali lagi..siapa tahu ???

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta berhati-hati dalam menerima apa sahaja bentuk cadangan sama ada daripada jawatankuasa yang dibentuk oleh kerajaan atau swasta bagi memastikan asas Perlembagaan negara ini terjamin.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Memorandum Barisan Perpaduan Nasional (BPN), Datuk Ibrahim Ali berkata, sebarang cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan termasuk cadangan daripada BPN perlu diteliti dan diperhalusi supaya cadangan yang dikemukakan tidak bertentangan dengan asas Perlembagaan.
"Hari ini kita lihat dalam konteks untuk menjamin perpaduan nasional ada cadangan pihak-pihak tertentu disuarakan kepada kerajaan yang lebih kepada sentimen kebencian dan perkauman.

"Kita minta kerajaan lebih berhati-hati serta meneliti cadangan tersebut dan jangan gopoh untuk bertindak sehingga nasi menjadi bubur," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Awam Perpaduan Nasional anjuran BPN di Pendang Lake Resort di sini hari ini.

Sebanyak 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai dialog berkenaan yang bertujuan merangka memorandum berhubung perpaduan nasional dalam usaha mengintegrasikan sosiobudaya ter­masuk aspek keselamatan yang berkaitan dengan perundangan di negara ini.

Antara cadangan yang dikemukakan di dalam dialog tersebut adalah mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sistem persekolahan satu aliran di negara ini.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, pemimpin-pemimpin kerajaan juga dinasihati lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan yang berkaitan dengan Perlembagaan negara.

Menurut beliau, pihak BPN bersedia untuk mengadakan perbincangan secara tertutup dengan Perdana Menteri apabila memorandum berhubung perpaduan nasional telah siap.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim berkata, tiga draf undang-undang melibatkan akta baharu yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948 adalah cubaan untuk menjadikan negara ini terlalu bebas mengikut prinsip hak asasi manusia.

"Saya difahamkan draf-draf tersebut iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional, Rang Undang-undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional dicadangkan oleh Majlis Peguam.

"Mereka langsung tidak prihatin dengan asas Perlembagaan negara dan kita tidak akan berdiam diri dengan perkara ini.

"Semua pihak boleh kemukakan cadangan tapi cadangan daripada Majlis Peguam ini adalah pandangan 'cari pasal' dan BPN akan adakan konvensyen besar-besaran untuk menentang perkara ini," jelasnya.utusan

MMI

1 comment:

  1. Setuju dengan pandangan Ibrahim Ali .......memang majlis peguam ni mempunyai niat yang tidak baik dan jahat ...dengan berselindung dibawah majlis peguam.........Merika ini boleh dibaratkan petubuhan haram ...tapi jadi halal kerana berselindung dibawah nama peguam.....
    kalau dilihat secara mendalam dan diperhalusi tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis peguam banyak yang berat sebelah.
    Majlis peguam harus diperangi oleh orang orang Melayu .

    ReplyDelete

Labels