Followers

Monday 9 June 2014

Jangan Hanya Di Pentas Forum , BUKTIKAN !!


Dalam sebuah forum perdana yang diadakan di Masjid Jamek Seberang Jaya semalam , tokoh-tokoh PAS menyatakan secara terbuka bahawa Hudud patut dilaksanakan tanpa sebarang kompromi di Malaysia biarpun ditentang oleh pemimpin Pakatan.

Forum yang dibarisi oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Nik Amar Abdullah , Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin dan juga Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus Dr Khairuddin Amar Ghazali itu di lihat telah memberi tamparan hebat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menolak perlaksanaan hudud sebelum ini.

Untuk rekod cadangan untuk membentang draf undang-undang hudud di Parlimen telah di cadangkan oleh PAS Kelantan sebelum ini.Nik Amar selaku Timbalan Menteri merupakan pihak yang paling terkehadapan dalam merealisasikan cadangan tersebut.

Sebelum itu cadangan daripada PAS Kelantan ini turut di sokong oleh pimpinan UMNO dan mereka telah menyatakan kesudian serta menyokong untuk cadangan itu dibentangkan.Namun entah mengapa secara tiba-tiba niat PAS ini seolah-olah terbantut.

Ketegasan yang menjadi keutamaan Nik Amar kemudiannya di lihat sedikit goyah apabila rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat , DAP dan PKR menolak cadangan tersebut.Malahan beberapa pimpinan mereka daripada DAP khususnya secara terang-terangan menolak bahkan mencabar PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya masih berdegil untuk membentangkan cadangan tersebut.Baca Seterusnya

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels