Followers

Tuesday 10 June 2014

Just Kiss Pipi Bukan Teruk Pun ADOIHHH !!


Itulah antara ayat yang keluar dari perbualan budak-budak zaman sekarang apabila diajukan soalan tentang aksi bercium.Apa yang berlaku membuktikan betapa generasi kita zaman serba maju ini sudah jauh terpesong daripada pegangan nenek moyang sejak dulu.

Malahan Islam sendiri tidak pernah mengajar umatnya untuk menghalalkan perkara yang haram apatah lagi yang di tegah oleh agama.Tak pasti MMI salah siapa dan MMI tak nak menuding jari kepada mana-mana pihak.

Bagi MMI perkara sebegini seharusnya menjadi tanggungjawab semua bukan dengan meletakkan kesalahan terhadap mana-mana individu.

Percaya dan sedarlah wahai bangsa Melayu bahawa budaya seperti ini sudah mengalir masuk ke dalam masyarakat kita dan ia sudah sebati sehingga sebahagian besarnya sudah hilang pertimbangan malahan sudah ada yang membuang jauh-jauh budaya Melayu itu kerana di anggap kolot.

Tahukah kita bahawa kebaikan dalam budaya itu semakin lama semakin hilang kerana ada mereka-mereka di luar sana yang mengambil mudah mungkin kerana faktor dunia semakin maju.

Bagi MMI budaya orang Melayu yang selari dengan agama Islam harus di kembalikan serta di pupuk semula demi kebaikan bersama.Teguhnya budaya orang Melayu bermakna kita turut sama memperteguhkan agama Islam kerana majoriti orang Melayu di Malaysia beragama Islam.

Pertahankan Islam dan perteguhkan budaya Melayu.

Bimbang anak-anak muda selepas kita hanyut !


MMI

1 comment:

  1. who is malay in the muslim world? their name didn't exist in the early stage of islam. Even they were not involved in any war for jihad

    ReplyDelete

Labels