Followers

Tuesday 10 June 2014

Kerajaan Negeri Mula PESTA Roboh Jom ! Jom !


Satu notis telah dikeluarkan buat kali ketiga oleh Pejabat Tanah Daerah TIMUR LAUT kepada penduduk Kampung Pokok Assam, Jelutong agar mereka segera berpindah dan mengosongkan perkampungan yang sudah didiami lebih 50 tahun itu. Tarikh akhir kampung tersebut perlu dikosongkan adalah 9 Julai 2014.Baca Sini 

Adalah difahamkan pihak pemaju, NOVA MULIA telah MENGARAHKAN PEJABAT TANAH DAERAH TIMUR LAUT agar segera mengusir penduduk Kampung Pokok Assam itu.

Ketika PRK Bukit Gelugor di mana Kampung Pokok Assam merupakan sebahagian daripada kawasan Parlimen itu, usaha menghalau penduduk kampung disenyapkan buat seketika. Malah penduduk kampung juga dijanjikan dengan pelbagai perkara, termasuklah dibenarkan menetap di tapak tersebut selagi mereka membayar cukai tanah.

Biarpun telah diberitahu bahawa segala janji berkenaan adalah BOHONG semata-mata, namun kebanyakan penduduk kampung optimis, Lim Guan Eng dan DAP akan mengotakan janji mereka, apatah lagi keputusan merampas tanah tersebut dan menjualnya kepada pihak pemaju, berada di tangan Kerajaan Negeri.

Dan seperti yang dijangkakan, kemenangan Ramkarpal Singh Deo, anak Karpal Singh dalam PRK Bukit Gelugor turut membawa masalah baru kepada penduduk Kampung Pokok Assam. Mereka tetap dihalau dan kali ini, mereka dihalau seperti anjing kurap.

Syabas semua sama-sama kita nantikan pesta roboh untuk tahun 2014 bermula !!

Baca selanjutnya di SINI 

MMI

1 comment:

Labels