Followers

Saturday 14 June 2014

Keretapi Di Tengah Pasar BIKIN RIBUT


Mungkin sekali pandang tidak ada apa yang unik dan bahayanya keadaan pasar yang terdapat dalam gambar diatas.Ianya kelihatan biasa seperti pasar-pasar lain yang menjual pelbagai barangan keperluan harian yang terdapat di serata tempat di dunia.

Namun ada sesuatu yang membezakan pasar diatas dengan pasar-pasar di kawasan kita.

Pasar Maeklong atau dikenali dengan nama Pasar Kereta Api Maeklong adalah pasar tradisional di Samut Songkhram, Thailand. Pasar ini dikenal sebagai yang paling berbahaya di dunia. Bukan kerana barang yang dijualnya, tapi kerana lokasinya yang sangat dekat dengan rel kereta api.

Bayangkan barang jualan hanya terletak 2cm daripada rel keretapi yang mana rel tersebut masih digunakan dan keretapi sebenar sememangnya melalui kawasan tersebut.


Urusan jual beli akan dihentikan buat sementara waktu apabila terdapat keretapi yang melalui kawasan tersebut.Rata-rata peniaga di sini akan menutup atau menarik khemah-khemah yang dipasang untuk membuka laluan bagi keretapi tersebut meneruskan perjalanannya.


Manakala setiap kali keretapi tersebut tiba di kawasan terbabit hon akan dibunyikan bagi menandakan laluan perlu di buka segera.Keretapi pula akan bergerak perlahan sekitar 15km/jam sepanjang laluan tersebut tanpa merosakkan barang-barang jualan yang sudah disusun oleh peniaga supaya tidak terkena keretapi terbabit.

Unik bukan ? Bayangkan jika keadaan sebegini berlaku di negara kita ? sumber 

Komen MMI , kalau kat Penang rasanya dah lama kena roboh ni ....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels