Followers

Wednesday 18 June 2014

Lagi Cerita BODO TAK BOLEH DI AJAQ Puak Pakatan Haprak !!


Tak dapat dipastikan sejauh mana tahap intelek para pemimpin DAP dan pasukan pembangkang di Malaysia apabila Ahli Parlimen Kulai daripada DAP , Teo Nie Ching mempertikaikan tentang janji kerajaan Barisan Nasional untuk membina 500 ribu rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk tempoh 5 tahun selepas PRU13 yang lalu.

Mungkin pemimpin pembangkang sengaja mahu mengambil kredit politik di saat rakyat kini sudah membuka mata terhadap usaha murni kerajaan Barisan Nasional menyediakan rumah mampu milik kepada rakyatnya.

“Berdasarkan jawapan Shahidan, saya tertanya-tanya mampukah (PM) Najib Razak memenuhi janjinya membina 500,000 rumah PR1MA dalam masa lima tahun?” kata Nie Ching dalam satu kenyataan.

Beliau dilihat mengulas tentang jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching memaklumkan, tiga projek melibatkan pembinaan rumah mampu milik terletak di Kuala Lumpur (2,074 unit), Kedah (1,349 unit) dan Johor (475 unit).

“Sabtu lalu, beliau (Najib) umumkan 5,000 unit rumah PR1MA akan dibina di Teluk Intan. Saya ingin ingatkan Najib Teluk Intan bukan satu-satunya tempat yang memerlukan rumah mampu milik.

“Jika kemenangan (BN) di Teluk Intan membawa 5,000 unit rumah mengapa Johor tidak diberikan? Sedangkan BN menang 21 daripada 26 kerusi Parlimen di situ.

“Sepatutnya paling kurang 100,000 unit rumah PR1MA perlu dibina,” ujarnya.

Begitulah sikap pemimpin DAP yang sering kali banyak bercakap daripada bekerja.Hakikat ini tidak boleh dinafikan memandangkan di Pulau Pinang sebuah negeri yang ditadbir oleh DAP secara khususnya masih GAGAL menunaikan janji mereka sejak 2008 yang lalu untuk membina rumah-rumah mampu milik.

Malahan Guan Eng selaku Ketua Menteri tidak pernah mengambil berat tentang isu perumahan yang menjadi rungutan rakyat diperingkat akar umbi kerana lebih memberikan tumpuan terhadap projek-projek mega melibatkan pembinaan rumah-rumah mewah dan berharga jutaan ringgit yang boleh dilihat oleh sesiapa jua yang hadir sendiri ke Pulau Mutiara ini.

Dalam masa yang sama Teo Nie Ching tidak pula mempertikaikan tindakan sahabat DAPnya berkenaan pendirian kerajaan DAP di Pulau Pinang yang banyak kali GAGAL menyelesaikan masalah kediaman penduduk sehingga mereka terpaksa berpindah disebabkan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh kerajaan negeri.Contoh isu terbaru di Bagan Ajam melibatkan kawasan Lim Guan Eng sendiri Baca Sini 

Seperkara yang harus diambil kira adalah kerajaan Barisan Nasional sudah pun mengotakan janjinya untuk membina rumah-rumah mampu milik dibawah PR1MA dan lain-lain agensi di bawah kerajaan.Walaupun ianya masih belum mencapai kapasiti 500 ribu seperti mana yang dijanjikan tetapi proses pembinaan itu sudah berjalan dan akan berterusan dari masa ke semasa.Malahan sudah terdapat rakyat yang telah mendiami rumah-rumah mampu milik ini sejak ianya terbina.

Cuma mungkin menjadi pertanyaan pula kepada kita bilakah agaknya DAP khususnya di Pulau Pinang dan Selangor berani menjanjikan pembinaan rumah kepada rakyat seperti mana yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional atau pun setidak-tidaknya mengotakan janji yang telah di buat sejak 2008 yang lalu ?

Mungkin Teo Nie Ching ada jawapannya ?


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels