Followers

Thursday 12 June 2014

Lagi Cerita Tentang BADUT Ni !!


Anwar sememangnya sedar dan tahu bahawa keadaan politik parti-parti pembangkang pada ketika ini tidaklah memberangsangkan sangat.

Banyak kelemahan sudah pun sampai ke telinga dan mata rakyat marhain di bawah sana.

Malahan kekalutan politik dalaman yang berlaku dalam parti PKR , PAS dan juga DAP sendiri telah meletakkan pimpinan-pimpinan ini dalam satu keadaan yang tidak selesa.

Kekalahan Dyana Sofya di Teluk Intan kerana kedangkalan eksperimen DAP yang mahu menjerat orang-orang Melayu ternyata memakan diri apabila bukan sahaja kalah tetapi pengundi kaum cina dan india pun di lihat bertukar arah.

Walaupun DAP dan seluruh jentera pembangkang menang di Bukit Gelugor tetapi ianya tidaklah membanggakan kerana keputusan SPR mengesahkan DAP tidak mampu mengekalkan majoriti sewaktu PRU13 yang lalu.Dalam masa yang sama turut malu kerana hanya berdepan dengan calon BEBAS tanpa persaingan daripada Barisan Nasional.

Anwar Ibrahim sebagai pemimpin pembangkang mungkin telah menghidu kelemahan-kelemahan ini dan kerana itu beliau kini di lihat agak agresif seoalah-olah menjadi jurucakap rasmi kepada pasukan pembangkang.

Kerana itu Anwar Ibrahim bertindak mencari kredit politik dengan mempersoalkan teguran yang berlaku berhubung dengan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) dengan mengaitkan insiden yang berlaku di negeri Perak satu ketika dulu.

Namun usaha itu tidak berhasil apabila Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (PERKASA) , Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Anwar sebagai celaru dan keliru.Beliau tidak dapat membezakan antara kritikan mendiang Karpal terhadap institusi Raja Perak dengan penubuhan lembaga perumahan dan hartanah di Johor yang cukup jelas ada perbezaan di antara kedua-duanya.

"Dalam isu ini, LPHJ belum lagi diwujudkan maka teguran dibuat untuk menjaga kemuliaan institusi raja sebaliknya Karpal mempersoal kuasa raja dalam soal pelantikan menteri besar sedangkan undang-undang sudah wujud bahawa sultan berkuasa melantik individu ke jawatan itu," katanya.

Ibrahim berkata demikian bagi menyangkal kenyataan Anwar dalam sidang Dewan Rakyat semalam yang mempersoalkan kenapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hanya berdiam diri ketika akhbar Utusan Malaysia melaporkan mengenai penubuhan LPHJ.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, hanya pemimpin seperti Anwar sahaja yang melenting dalam isu tersebut sedangkan pemimpin daripada parti lain seperti Pas mengambil pendekatan rasional dan turut menegur penubuhan LPHJ.

"Apabila semua perkara ada kepentingan politik, Anwar bukan sahaja tidak memahami isu yang berlaku sebaliknya dia akan mengambil kesempatan untuk meraih sokongan sedangkan diri sendiri tidak sempurna malah pernah mempersoalkan peranan raja," tegas beliau.

Bagi pemerhati politik , tindakan Anwar ini adalah satu tindakan yang disengajakan dengan tujuan untuk mengapi-apikan isu di negeri Johor dan juga institusi istana.Anwar tahu bahawa jika ia berjaya mencuit mana-mana pihak dan melagakan pihak-pihak ini maka sudah pasti pembangkang akan punya kelebihan dan peluang ini akan dipergunakan sebaik mungkin bagi meraih simpati rakyat kononnya Anwar dan seluruh pasukan pembangkang adalah pembela nasib mereka.sumber 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels