Followers

Sunday 8 June 2014

Mampukah Wan Azri TEWASKAN Anwar Ibrahim ??


Tindakan saman Anwar Ibrahim terhadap blogger PapaGomo kini masih lagi di bicarakan di mahkamah.Keputusan awal oleh pihak penghakiman dengan pertuduhan bersalah terhadap seorang lelaki bernama Wan Azri yang di tuduh sebagai pemilik blog PapaGomo kini dalam proses rayuan.

MMI yakin apa jua keputusan nanti , rakyat Malaysia sebenarnya telah dihidangkan dengan satu permainan politik yang menarik untuk dibicarakan.Malah mungkin ianya boleh dijadikan sebagai pengajaran di kemudian hari.

Tahukah kita bahawa pada 27 Februari 2014, Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan Wan Muhammad Azri kalah dalam saman fitnah yang difailkan oleh Anwar Ibrahim dan mengarahkan agar Wan Muhammad Azri membayar RM800,000 serta kos mahkamah sebanyak RM50,000 kepada Anwar Ibrahim.

3 Mac 2014, Wan Muhammad Azri telah membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan atas keputusan hakim Mahkamah Tinggi dan pada 24 Jun, sebutan kes itu di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Pada 14 April 2014, Anwar Ibrahim failkan perintah di Mahkamah Tinggi untuk segerakan perlaksanaan hukuman bayar gantirugi sebanyak RM850,000 dengan bantuan tiga orang peguam.

Satu tindakan yang mengundang rasa pelik banyak pihak apabila Anwar Ibrahim melalui peguamnya di lihat begitu terdesak untuk mendapatkan gantirugi sedangkan kes rayuan masih berjalan.

Anwar dah tak ada duit ker gang ????? atau dia nak kenakan di Wan Azri tu ????

Apa pun persoalannya kita cuma boleh membuat agakan sebab keputusan belum diputuskan oleh pihak mahkamah.

Tetapi MMI tertarik dengan apa yang diungkapkan oleh Wan Azri sewaktu dalam mahkamah baru-baru ini.

"Yang Arif Hakim, plaintif iaitu Anwar Ibrahim sendiri telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya kerana kesalahan meliwat, namun sehingga kini dia masih bebas dan belum menjalani hukuman penjara kerana menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan. Jadi, apa bezanya dengan kes saya ini yang mana saya memohon agar mahkamah menangguhkan perlaksanaan pembayaran denda RM850,000 sehingga selesai proses di Mahkamah Rayuan.

"Setiap warganegara Malaysia berhak mendapat keadilan yang sewajarnya dan adalah tidak adil sekiranya plaintif memperolehi penangguhan dan tidak kepada saya."

Amacam ? 

Apakah kerana Wan Azri hanya merupakan rakyat biasa seperti mana kita semua maka kelebihan harus di berikan kepada Anwar Ibrahim oleh pihak mahkamah ?

Jadi dalam hal ini ia sudah melibatkan kepentingan institusi kehakiman sekali dan kalau semua perasan banyak yang terlibat dalam dunia kehakiman ni lebih pro kepada pembangkang contohnya majlis peguam.

Persoalan akhir apakah yang di cari dalam institusi kehakiman ? 

KEADILAN atau SOKONG PARTI KEADILAN ?????

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels