Followers

Friday 13 June 2014

Mana GOBIND Waktu Kit Siang & Dyana Jumpa Nik Aziz ??


Pemimpin DAP hari ini mengunjunjgi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ,  dilihat sebagai usaha parti itu untuk membaiki semula hubungan dengan PAS selepas menyatakan hudud sebagai punca calon mereka Dyana Sofya Mohd Daud tewas pada PRK Teluk Intan, 31 Mei lalu.

Dalam pertemuan dengan bekas Menteri Besar Kelantan itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kenyataan media Gobind Singh Deo yang menyalahkan hudud PAS sebagai faktor kekalahan, adalah tidak benar.

Sebaliknya, Lim mendakwa kenyataan Gobind yang juga ahli Parlimen Puchong itu telah disalah tafsir oleh pihak akhbar.

“Apa yang ditulis dalam akhbar bahawa DAP ada menyalahkan pemimpin PAS atas kekalahan kami di Teluk Intan itu tidak benar. Sebenarnya Gobind mengucapkan terima kasih kepada PAS atas sokongan dan usaha mereka dalam PRK Teluk Intan.

“Gobind tidak mengatakan hudud merupakan isu utama dalam PRK. Namun, tidak dinafikan isu hudud akan menjadi lebih besar pada masa akan datang tetapi itu bukan punca utama kekalahan kami di Teluk Intan,” kata Lim seperti dipetik dalam laman Astroawani.

Pertemuan itu berlangsung di pejabat Nik Aziz di Yayasan Pemikiran Tok Guru, di Kelantan Khamis.Baca Seterusnya 

MMI cuma nak tanya satu soalan jer , ampa semua percaya ka wayang tu ??

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels