Followers

Sunday 8 June 2014

Mengapa Kini Kita Berjaya RAMPAS DIESEL Seludup ??


Mungkin ramai yang tak perasan sejak kebelakangan ini kita sering kali membaca laporan demi laporan berkaitan kejayaan pihak berkuasa merampas bahan-bahan yang cuba di seludup keluar khususnya minyak diesel.

Terkini adalah kejayaan pihak berkuasa merampas minyak diesel bernilai RM58 juta di beberapa kawasan sekitar Selatan tanahair.

Wow bukan sikit tu bro , RM58 juta boleh isi lori uncle MMI sampai 7 keturunan.
PUTRAJAYA 8 Jun - Sebanyak 12 buah kapal dan 9.1 juta liter minyak diesel dengan nilai keseluruhan RM58 juta telah dirampas dan disita sejak Operasi Diesel Selatan (Odis) dilaksanakan di perairan selatan tanah air pada 9 Mei lepas.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata, aktiviti haram penyeludupan diesel bersubsidi yang sering dilaporkan berlaku di perairan selatan iaitu sekitar perairan Sungai Rengit, Kota Tinggi dan perairan Pasir Gudang.
``Selepas operasi ini dijalankan, jumlah rampasan minyak diesel meningkat berlipat kali ganda dan usaha terus dipergiatkan dengan memberi tumpuan kepada kawasan perindustrian serta sempadan negara,'' katanya dalam sidang media selepas Hari Keluarga KPDNKK di sini hari ini.
Beliau berkata dalam Odis 4 yang dijalankan dari Rabu hingga Jumaat lepas, tiga buah kapal tangki, enam buah lori tangki, sebuah lori satu tan serta 625,410 liter minyak diesel bernilai RM3.2 juta telah dirampas.
Katanya, hasil pemerhatian dan pemantauan, kawasan perairan selatan negara digunakan oleh beberapa sindiket untuk memindahkan minyak yang dikumpul di jeti persendirian melalui kapal-kapal tangki kecil sebelum dipindahkan ke kapal tangki besar.Bernama
Walau bagaimanapun ia tetap satu kejayaan , cuma MMI nak ulas sikit berkenaan kenapa kini kita berjaya rampas benda-benda seludup sampai mencecah nilai jutaan ringgit.

Pihak berkuasa kini bukan sahaja perlu memantapkan operasi yang di lakukan tetapi juga perlu melihat semula kaedah menyekat serta mengesan kegiatan penyeludupan yang berlaku saban hari.

Baru-baru ini MMI kebetulan menghala ke arah Utara tanahair dan melalui sendiri kawalan daripada pihak berwajib.Namun tidak ada sebarang pemantauan di lakukan hanya memerhatikan sahaja setiap kenderaan yang lalu tanpa menyoal mahupun memeriksa kenderaan terbabit.

Bayangkan berapa banyak kenderaan yang lalu-lalang di antara pos kawalan terbabit dalam masa sehari ?

Mudah cerita disinilah antara punca berlakunya kegiatan penyeludupan dengan sewenang-wenangnya.

Perlu di ingat penyeludupan bukan berlaku terhadap minyak diesel semata-mata.Buka mata dan lihat jauh-jauh penyeludupan turut melibatkan barangan makanan , senjata api , mercun , manusia , kenderaan , rokok dan banyak lagi.

MMI yakin ada pihak yang kurang senang dengan artikel ini tetapi inilah hakikatnya.Minta maaf kalau MMI kata punca kepada berlakunya penyeludupan ini di sebabkan oleh kakitangan yang di tugaskan.

Binalah tembok mahupun pagar setinggi KLCC atau setebal penjara Kajang sekalipun , jika kakitangan yang diamanahkan tidak jujur dan gagal menjalankan tanggungjawab ianya tetap sama.

Paling teruk apabila ada di kalangan kakitangan itu sendiri yang sama-sama makan  !!

Kepada pihak berwajib , uruskan bab ini dahulu.

Psst puak pembangkang selalu kata orang kerajaan makan rasuah hahahaha depa ingat semua kakitangan tu sokong kerajaan kot no ...

MMI

2 comments:

  1. kalau kerajaan pun depa tipu makan 'rasuah' sudah tentu depa tipu kerajaan juga dengan menyokong pembangkang.

    kakitangan pertama yang menipu kerajaan hidup-hidup ialah "guru"

    ReplyDelete
  2. Perkara/komen sebegini sering saya sebutkan dalam laman blog saya juga...Tak perlu takut atau rasa bersalah jika memperkatakan tentang kebenaran...

    ReplyDelete

Labels