Followers

Thursday 19 June 2014

Mereka Memang Tak Sedar Di UNTUNG !!


Seolah-olah pihak kerajaan tidak pernah berjasa terhadap rakyat yang hari ini menjadi peneroka di tanah-tanah Felda apabila satu himpunan telah diadakan dihadapan bangunan Parlimen semalam.

Lebih 50 orang warga emas dari kalangan peneroka Felda menjadi mangsa kerakusan politik pemimpin Pakatan apabila turut terbabit serta diheret sama dalam himpunan yang diadakan itu.

Himpunan peneroka yang didalangi oleh Pakatan itu bertujuan untuk mendesak kerajaan supaya memberikan lesen menjual hasil sendiri tanpa perlu bergantung kepada Felda sekaligus menjadikan peneroka tidak lagi terikat dengan Felda di dalam urusan penjualan hasil.

Sebelum itu DAP telah mengecam tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin yang menolak usul tuntutan peneroka Felda supaya lesen persendirian diberikan kepada mereka oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong berkata usul tersebut sepatutnya diterima kerana ia melibatkan hak dan kepentingan peneroka felda yang sehingga kini tidak terbela nasibnya.

“Pada saya, lesen persendirian wajar diberikan pada peneroka kerana mereka mengusahakan tanah sendiri dan mendapat pulangan sepatutnya untuk kemudahan kehidupan.

“Malangnya, mereka terpaksa menjual hasil milik sendiri kepada Felda dengan harga yang begitu rendah, ini tidak adil.

“Jika kerajaan mengatakan mereka merupakan sebuah kerajaan yang adil dan saksama, mengapa hak warga Felda berterusan diabaikan, mengapa tidak terima tuntutan peneroka?”

Satu tindakan yang dilihat banyak pihak sebagai berbaur politik kerana mempergunakan peneroka-peneroka untuk kepentingan tertentu.Malahan kehadiran peneroka terbabit jelas membuktikan mereka yang dulunya hidup dalam serba kekurangan kemudian dibantu oleh pihak kerajaan melalui tanah rancangan tidak pernah punya rasa syukur dan kenal erti berterima kasih.

Walau bagaimanapun kehadiran peneroka terbabit tidak mewakili keseluruhan peneroka yang lain.

Untuk rekod para peneroka seharusnya sedar dan faham bahawa pelbagai kelebihan sudah pun diberikan kepada mereka semenjak menjejakkan kaki di tanah Felda.Malahan kerajaan sentiasa bersikap adil dan saksama terhadap semua peneroka dengan pelbagai insentif dan bantuan-bantuan lain sehingga menjadikan kehidupan para peneroka jauh berbeza dengan sebelumnya.

Felda dan kerajaan tidak pernah menipu peneroka malah membantu memajukan warga tanah rancangan itu ke tahap membanggakan.Hakikatnya pembangkang dilihat sering memutarbelit fakta dan kebenaran demi meraih sokongan orang Melayu khususnya peneroka Felda untuk kepentingan politik mereka.

Sememangnya warga peneroka menikmati keistimewaan yang tidak dimiliki oleh sebahagian besar rakyat Malaysia yang lain. Mereka bukan sahaja dibantu dalam serba-serbi, malah anak-anak mereka turut menikmati keistimewaan terutama dalam hal melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi dengan bersandarkan kepada FELDA.

Inisiatif dan insentif yang diberikan oleh FELDA, terutama kemudahan pinjaman sebenarnya banyak membantu golongan ini untuk keluar daripada kepompong kemiskinan menerusi peningkatan modal insan.

Namun, di sebalik segala kemudahan dan keistimewaan tersebut, wujud perasaan tamak dan serakah yang keterlaluan apabila tangan yang memberi, digigit kembali. Ramai anak FELDA yang telah menerima keistimewaan dan kemudahan yang disediakan oleh FELDA hasil 'pengorbanan' rakyat Malaysia yang lain, cuba berlagak pandai dengan menghasut warga FELDA agar tidak berpuas hati menerusi hasutan dan adu domba.

Sekalipun, hanya segelintir warga FELDA yang bersikap sedemikian rupa, namun masyarakat di luar FELDA memerhatikan dengan teliti perangai golongan yang menikmati segala kemudahan dan keistimewaan serta perhatian istimewa kerajaan ini. Dek kerana segelintir yang berperangai seperti MAZLAN ALIMIN, serta sokongan membabi buta terhadap wakil DAP warga FELDA kini dicop sebagai TIDAK MENGENANG BUDI dan LUPA DARATAN.

Percayalah apa yang dimahukan oleh DAP dan pembangkang tidak lain dan tidak bukan satu penentangan terhadap kerajaan Barisan Nasional kerana kepentingan politik penuh bernafsu mereka untuk menguasai Putrajaya.

Warga Felda rasanya harus menjadikan Pulau Pinang sebagai contoh betapa pemimpin DAP tidak pernah memikirkan tentang untung nasib orang-orang Melayu semenjak 2008 yang lalu.sumber 

MMI

1 comment:

  1. Lantak korang la nk gaduh ka hapa...

    ReplyDelete

Labels