Followers

Friday 6 June 2014

PDRM Sahkan Gambar Di Bawah Bukan Di Malaysia


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan gambar sekumpulan remaja beragama Islam yang terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja yang tersebar di laman media sosial bukannya berlaku di Malaysia.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Asmawati Ahmad berkata, polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu tersebut.

“Penyebaran gambar-gambar melalui media sosial yang seakan-akan cuba membayangkan bahawa sekumpulan muslim terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja, telah mencetuskan kegusaran dan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

“Adalah disahkan bahawa gambar-gambar tersebut bukan melibatkan sebarang rakaman upacara yang berlaku di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Berdasarkan pemerhatian gambar tersebut seperti dirakamkan di Indonesia.

Pemilik Facebook, Gereja St.Fx.Kebon Dalem turut memuatnaik beberapa keping gambar mahasiswa Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan IAIN Walisongo, Semarang mengadakan lawatan ke gereja tersebut pada 31 Mei lalu.

Menurut entri dalam Facebook tersebut, program itu dimulakan dengan penjelasan mengenai agama Kristian (Katolik) selain terlibat dalam upacara keagamaan mazhab tersebut.Selanjutnya 

Apa yang MMI perhatikan adalah perkara sebegini akan terus berlaku dari masa ke semasa.Soal penyebaran maklumat dan gambar-gambar hari ini amat sukar di bendung memandangkan penggunaan gajet-gajet yang punya pelbagai aplikasi seperti Whatsapp , WeChat , Telegram dan lain-lain.

Justeru itu MMI rasa pihak yang menerima itu harus punya tanggungjawab untuk meneliti mahupun mencari kebenaran kepada setiap maklumat yang di terima.

Hati-hati macam-macam boleh jadi ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels