Followers

Friday 20 June 2014

Penggantungan N.Surendran KENAPA DAP MACAM CACING KEPANASAN ?!!


Berikutan isu negara Islam yang kini sedang hangat diperbahaskan , DAP dilihat seolah-olah seperti cacing kepanasan.Tindakan pemimpin dan parti DAP yang mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dewan Rakyat yang sekali lagi menggantung Ahli Parlimen Padang Serai , N.Surendran disebabkan mengkritik tindakan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang sering menolak usul yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dilihat banyak pihak sebagai penentangan secara terang-terangan DAP terhadap Islam di Malaysia.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut menyifatkan Barisan Nasional menyalahgunakan majoriti yang dimiliki mereka dalam Dewan Rakyat untuk menafikan proses demokrasi dalam Parlimen.

Seperti kebiasaan , pembangkang pada setiap waktu tidak akan pernah bersetuju dengan apa jua dasar dan tindakan daripada pihak kerajaan selagi mana ia tidak memihak kepada mereka.Pertikaian dan penentangan seperti ini adalah perkara biasa yang sering berlaku dalam Dewan Rakyat kerana pemimpin DAP dan pembangkang hanya akan menyokong sesuatu perkara yang dibincangkan sekiranya ia menguntungkan politik pembangkang.

Kecaman ini sebenarnya bermula apabila persoalan tentang sama ada Malaysia merupakan sebuah negara sekular atau tidak dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Jamik Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat.

Dalam penjelasannya Datuk Seri Jamil Khir berkata sebagai sebuah negara yang telah meletakkan Islam dikedudukan tertinggi dan mengamalkan sistem Raja berperlembagaan seharusnya tidak perlu ada mana-mana pihak yang mempertikaikan tentang status negara Malaysia.Secara logiknya kedudukan itu sudah pun mengesahkan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk dari kalangan pelbagai bangsa dan agama.

Malah Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam penjelasannya tetap bertegas dan menyanggah tuduhan pihak-pihak tertentu bahawa Malaysia merupakan sebuah negara sekular.

Berdasarkan fakta sejarah jelas menunjukkan bahawa negara ini ditubuhkan berasaskan Kerajaan Islam Kesultanan Melayu, dan Raja-Raja merupakan ketua agama Islam bagi negeri masing-masing.Malahan diperkukuhkan lagi dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan agama Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan di mana-mana bahagian persekutuan.

“Kedudukan ini dizahirkan lagi dengan adanya peruntukan-peruntukan lain yang menjaminnya, antaranya Fasal (4) Perkara 11 berkenaan penyekatan pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan penganut agama lain oleh undang-undang negeri atau persekutuan.

“Fasal (2) Perkara 12 mengenai hak berkenaan pendidikan, apabila sah bagi persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan institusi Islam, membantu atau mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang perlu,” katanya.Baca Seterusnya  

Penggantungan N.Surendran pula sebenarnya hanya menjadi alasan kepada DAP dan pembangkang kerana mereka tahu bahawa tidak ada jalan lain untuk menyekat usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sekiranya sesuatu tidak dilakukan.

Malahan N.Surendran bukan baru digantung , beliau sebelum ini turut digantung kerana mengkritik Speaker Pandikar apabila diusir daripada Dewan Rakyat selepas usul tergemparnya berhubung perobohan kuil di Jalan P Ramlee ditolak.

N.Surendran bukanlah seorang pemimpin yang baik kerana beliau sering kali menjadikan isu perkauman sebagai bahan untuk dipolitikan sehingga mampu menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak seterusnya mampu mencetuskan ketegangan antara kaum melalui tindakannya sebelum ini.

DAP sebenarnya cuba menjadikan isu ini sebagai senjata terbaru mereka setelah tewas di Teluk Intan dan gagal mempertahankan majoriti di Bukit Gelugor dalam PRK baru-baru ini.

Disebabkan itu maka mereka perlu tampil dengan isu-isu baru supaya rakyat terus dikaburi dan mampu terus memberikan sokongan terhadap pembangkang.

Namun sesuatu yang harus diperhatikan adalah banyak mata yang kini memandang kearah mereka sudah dapat menilai sejauh manakah perjuangan DAP dan Pakatan Rakyat khususnya berkenaan usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud dan mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Lit Kit Siang , Lim Guan Eng termasuklah semua pimpinan DAP sebenarnya tahu mereka tidak akan mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular tanpa pertolongan dan bantuan daripada orang-orang Melayu.

Untuk itu orang Melayu perlu dipecahkan , dan ianya sudah pun berlaku seperti mana yang berlaku terhadap UMNO dan PAS.

Justeru itu mereka kini sedang mempergunakan orang-orang Melayu sama ada dalam PAS dan PKR untuk memastikan agenda sekular mereka terus menjadi kenyataan.

Bayangkan jika negara Islam pun di tolak oleh DAP , bagaimana pula mereka boleh berlembut hati untuk menerima cadangan PAS melaksanakan undang-undang hudud ?

Kecaman DAP terhadap penggantungan N.Surendran hanyalah satu lagi gimik politik yang kini sedang di panaskan supaya rasa benci dan marah dapat mengalir ke batang tubuh orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia lainnya terhadap kerajaan.

Sedangkan hakikat sebenarnya N.Surendran sendiri yang tidak hormat kepada Speaker dan Dewan.

Buka mata dan fikirkan semasak-masaknya !


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels