Followers

Saturday 14 June 2014

Perniagaan ON-LINE Yang Perlu Anda CHEK Habis-Habis


Sebelum MMI ulas yang seterusnya , perlu diingatkan artikel ini tidak ada sebarang unsur menghasut atau apa-apa jua niat serta perbuatan yang tidak mendatangkan kebaikan melainkan sekadar peringatan kepada kawan-kawan dan mereka yang kat luar sana.

Gambar atas adalah salah satu daripada jutaan perniagaan dalam talian yang dijalankan oleh kebanyakkan penduduk dunia hari ini.Tak dinafikan ianya sedikit sebanyak memberikan banyak kemudahan kepada warga atas talian seperti kita kerana segalanya hanya dihujung jari.

Namun sebelum kita memilih sesuatu barangan untuk dibeli , adalah lebih baik kita melakukan sedikit kaji selidik dan gunakan logik akal anugerah tuhan itu sebagai pedoman buat kita untu membuat keputusan.

Maklumlah dalam dunia serba moden seperti hari ini orang jahat tidak lagi bermata satu atau punya kesan jahitan di kepala seperti mana zaman dulu-dulu.

Ada sesetengahnya jauh lebih baik dan sopan daripada kita secara luarannya yang memungkinkan kita sukar untuk mengenali mereka.

Sebagai contoh , laman web diatas (gambar)  dibina oleh seseorang yang mengaku remaja perempuan berumur 16 tahun khusus untuk menjual pakaian dalamnya yang baru dipakai. 

Mengikut pemilik laman wen tersebut , beliau menjual pakaian dalamnya bagi menampung yuran persekolahan dan juga perbelanjaan hariannya.

Dia berjanji yang pakaian dalam yang dijual secara online itu seperti panties, g-string dan bra akan dipakai olehnya sekurang-kurangnya selama 24 jam dan berharga $39 setiap satu. Pemiliknya digambarkan sebagai seorang remaja perempuan di Singapura.

Persoalannya sejauh mana anda yakin bahawa pemilik itu benar-benar seorang remaja perempuan berumur 16 tahun dan berasal dari Singapura ?

Dan sekiranya anda adalah salah seorang pembelinya , sejauh mana keyakinan anda bahawa seluar dalam mahupun bra itu benar-benar dipakai oleh seorang remaja perempuan selama 24 jam ?

Ia mungkin samaran dan kemungkinan seluar itu dipakai oleh lelaki dalam gambar di bawah ...


Segalanya mungkin bukan ? Jadi hati-hati gang ARIOS !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels