Followers

Tuesday 10 June 2014

Puak Pembangkang Nak Siarkan Ke Berita Macam Ni ??




Pusat beri RM68.5j kepada Kelantan bantu tingkat syiar Islam

KOTA BHARU 10 Jun - Kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak RM68.5 juta tahun ini kepada Kerajaan Pas Kelantan bagi membantu memartabatkan syiar Islam di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan tersebut untuk pembayaran kepada penggerak Islam di negeri ini.

Beliau berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk membayar elaun kepada imam-imam, guru takmir, guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Pengawal Penyelaras Masjid Jajahan.

"Peruntukan itu yang disalurkan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan memberi manfaat kepada lebih 6,432 penggerak Islam di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Multaqa Imam, Guru Takmir dan Jawatankuasa Masjid Mukim Kelantan di Balai Islam Lundang di sini hari ini.utusanonline

Alhamdulillah berilah dan bantulah mereka yang seagama dengan kita.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels