Followers

Thursday 12 June 2014

SAH Teoh Cheng Cheng Bukan Islam !


Selepas beberapa hari kecoh, akhirnya pagi ini, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang mengesahkan Teoh Cheng Cheng yang turut dikenali sebagai Nora Teoh, bukan beragama Islam ketika kematiannya. Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang kemudian mengarahkan agar Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menyerahkan kembali mayat Teoh Cheng Cheng kepada keluarganya untuk dikebumikan.

Konflik mulai timbul apabila Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menyerbu dan menahan mayat Teoh Cheng Cheng daripada dikebumikan oleh keluarganya. Mayat yang masih berada di rumah keluarganya di Lebuh McCallum kemudiannya diambil dan diletakkan di rumah mayat sebelum Jabatan Agama Islam Pulau Pinang mendapat pengesahan berhubung status agama yang dipeluk oleh Teoh Cheng Cheng.

Kaum keluarga Teoh Cheng Cheng bagaimanapun, terkejut apabila diberitahu Cheng Cheng sudah memeluk agama Islam 17 tahun lalu. Namun dalam perbicaraan yang dijalankan, beberapa saksi termasuklah anak Cheng Cheng sendiri mengakui bahawa Teoh Cheng Cheng tidak pernah menjalani kehidupan sebagai seorang yang beragama Islam.

Teoh Cheng Cheng mati setelah membunuh diri dengan terjun dari sebuah apartment, Sabtu lepas.sumber 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels